WhatsApp Akan Diberhentikan Bermula Tahun 2021

Berita mengenai aplikasi Whatsapp akan diberhentikan bermula tahun 2021 bukan berita palsu. Malah sebenarnya pihak whatsapp telah memberi peringatan ini setahun lalu iaitu pada Disember 2019.

Ini memberikan masa laluan kepada pengguna mereka sehingga 1 tahun. Ianya satu tempoh yang panjang untuk mencari penyelesaian dan menyelesaikan masalah yang akan timbul dengan keputusan mereka tersebut.

WhatsApp juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi mereka mengesahkan perkara ini. Dan mereka tidak merancang untuk menarik balik keputusan mereka

Namun annda tidak perlu risau sekiranya anda mengunakan telefon pintar model terkini atau peranti dengan sistem android. 4.0.3 ke atas dan juga iOS 9 ke atas.

Perkara ini telah diumumkan WhatsApp pada laman sokongan syarikat itu. Sambil mendesak pengguna yang ingin menikmati perkhidmatan aplikasi itu supaya menukar versi telefon pintar mereka kepada versi yang lebih canggih.

Kenapa WhatsApp Diberhentikan

Menurut syarikat itu, tujuan sekatan ini dilakukan adalah kerana mereka ingin lebih fokus kepada memperbaiki fungsi dan ciri-ciri aplikasi tersebut terhadap telefon terkini dan bukan yang sudah kuno.

Ya, WhatsApp hanya akan menamatkan fungsinya pada telefon pintar model lama yang masi menggunakan sistem android 4.0.3 ke bawah dan sistem iOS 9 ke bawah.

Bermakna mulai 1 Januari 2021, mana-mana telefon pintar yang menggunakan sistem peranti seperti yang kami nyatakan di atas tadi tidak lagi boleh mengunakan fungsi WhatsApp sama ada untuk menerima dan menghantar sebarang mesej dan panggilan WhatsApp.

Malah anda juga tidak boleh muat naik dan memuat turun aplikasi ini di gedung aplikasi rasmi Play Store dan Apps Store.

Sumber : Metro.co.uk

Sertai channel telegram untuk dapatkan informasi terkini dan menarik

Leave a Reply