Sabah

Waspada : Sabah Sarawak Dijangka Hujan Berterusan Disember 2021

KUALA LUMPUR: Satu peringatan awal telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) bagi Sabah dan Sarawak. MetMalaysia menjangkakan akan berlaku hujan secara berterusan yang berpotensi berlaku di Sabah Timur dan Sarawak Barat susulan luruan monsun, antara Isnin hingga Rabu depan.

 

Menurut laporan ringkas yang dikeluarkan oleh MetMalaysia, angin kencang dan laut bergelora dijangkakan akan berlaku di perairan Laut China Selatan, termasuk kawasan perairan Pantai Timur Semenanjung, mulai Ahad ini hingga Rabu depan.

“Kebarangkalian untuk berlaku hujan berterusan di Pantai Timur Semenanjung adalah rendah berikutan paras kelembapan udara rendah.

“Orang awam dinasihat merancang perjalanan ke kawasan berkenaan dan sentiasa peka dengan maklumat terkini serta berwaspada,” katanya.

 

Dalam satu kenyataan yang lain, Jabatan Meteorologi Malaysia menjangkakan berlaku hujan atau ribut petir di satu, dua tempat di pantai Kelantan, Terengganu, Pahang, Kuching, Betong, Mukah, Sarikei, Sibu dan Bintulu di Sarawak serta Kudat, Sandakan dan Tawau di Sabah.

 

Pada sebelah petang hari yang sama pula, dilaporkan hujan atau ribut petir dijangkakan akan berlaku di satu, dua tempat di sekitar negeri Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Johor, Pahang, Sarawak, Pantai Barat dan pedalaman Sabah serta Labuan, manakala kawasan lain mendung atau tiada hujan.

 

Pada sebelah malamnya pula, dijangkakan hujan di satu, dua tempat di negeri Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Limbang, Miri dan Kapit di Sarawak, Tawau, Sandakan, Pantai Barat dan pedalaman Sabah serta Labuan, manakala tiada hujan di lokaliti lain pada malam hari sama.

 

Orang ramai di ingatkan sentiasa peka dan memantau keadaan cuaca semasa bagi

Amaran Hujan Berterusan (Waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku melebihi 6 jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan.Amaran Hujan Berterusan Dikeluarkan pada: 2:00 petang, 24 Disember 2021.
Untuk mendapatkan laporan ramalan kajicuaca terkini layari
https://www.facebook.com/malaysiamet
Sertai channel telegram untuk dapatkan informasi terkini dan menarik
Share
OhKunak

Berkongsi bacaan santai tetapi penuh dengan fakta menarik,teknologi isu semasa dan terkini. Terima kasih kerana sudi membaca artikel kami. Tanpa pembaca siapalah kami

Recent Posts