Dalam Negara

Wanita Dakwa Temukan “Muntah Paus” Di Terengganu

Seorang peniaga wanita Aida Zurina 41, mendakwa menemukan muntah paus di Marang, Terengganu.

Ia menemukan ketika memancing bersama keluarganya di Marang. Pada mulanya Aida Zurina menggangap objek tersebut sampah. Beliau telah membawanya kepada bapanya.

Bapanya seorang nelayan, dan memberitahu Aida bawaha objek tersebut ialah muntah paus.

Untuk memastikan perkara tersebut, bapanya membakar objek tersebut. Dan ternyata ianya muntah paus. Berdasarkan ciri-ciri yang mana, muntah paus jika di bakar ianaya akan sepeti lilin meleleh dan mengeluarkan bau wangi.

Kredit : Utusan

Aida zuraida juga memberitahu, beliau sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang ingin bekerjasama dengan beliau untuk memastikan ketulinan muntah paus tersebut.

Sedikit fakta mengenai muntah paus

  1. Muntah paus atau ambergris juga digelar sebagai ‘emas terapung’ kerana nilainya yang tinggi
  2. Muntah paus atau ambergris ialah sejenis pepejal kelabu yang berlilin dan mudah terbakar dihasilkan daripada rembesan dalaman saluran hempedu paus sperma.
  3. Ianya banyak digunakan untuk tujuan kosmestik dan pewangi agar bau wangian itu kekal lama.
  4. Objek ini pada awalnya berbau hanyir namun lama-kelamaan mereput menghasilkan bau wangi seakan alkohol isopropil.
  5. Ia lazimnya digunakan dalam penghasilan minyak wangi sebagai pengikat kepada bahan wangian yang membolehkan haruman tersebut kekal lama

 

Source : Sinarplus

Sertai channel telegram untuk dapatkan informasi terkini dan menarik
Share
OhKunak

Berkongsi bacaan santai tetapi penuh dengan fakta menarik,teknologi isu semasa dan terkini. Terima kasih kerana sudi membaca artikel kami. Tanpa pembaca siapalah kami

Tags: Muntah Paus

Recent Posts