Orang yang pendek, rabun dan sewaktu dengannya boleh relate perkara ini.
Cover image via
Twitter @aqim0chi
Zaman sekarang dah berubah, kalau nampak ada perkara yang menarik boleh dikongsi automatik tangan akan cari telefon untuk rakam
Contoh paling mudah apabila berlakunya kemalangan atau kekecohan. Orang ramai lebih sibuk nak rakam perkara itu berbanding mendapatkan pertolongan pihak lain.
Selain itu, jika ke konsert-konsert atau menyaksikan pertunjukan busking, sudah menjadi satu perkara wajib untuk orang ramai merakam persembahan. Kata mereka, itu semua adalah untuk kenangan.
Baru-baru ini, tular di laman Twitter apabila seorang individu berkongsi video menunjukkan seseorang ‘lupa’ untuk menekan butang rakam di kamera telefon pintarnya
Niat individu tersebut dikenali sebagai Abang Bae yang berkongsi di laman Twitter miliknya itu hanyalah sekadar untuk mengusik.
lepas dia letak fon pastu dia check video tu kat dalam gallery tapi takde ashshwhqhahahah
— Abang Bae (@aqim0chi) December 24, 2019
Setakat artikel ini ditulis, perkongsiannya itu telah mendapat 7.4 ribu ulang kicau dan juga 8.4 ribu tanda suka.
Susulan itu, ada netizen yang berkongsi pengalaman sama di mana mereka menyangkakan sudah menekan butang rakam tapi rupanya tidak
pnah jadi cmni gak rupa-rupanya memory full, sbb set 4k 60fps.
— rez (@kimrzz) December 25, 2019
I feel this person lepas dia check gallery dia nanti. Stay strong
— Abah Namjoon (@ijaishungwy) December 25, 2019
HAHAHAHA aku pernah nampak kes mcm ni . Pakcik tu nak record show silat . Dari awal sampai habis dia angkat fon tp taktekan rec hm . Dah habis baru dia tekan , dia ingat stop la kot . pastu dia sendiri terkejut taktahu nak gelak ka nak kesian hm
— Fauzan Shahrizam (@fznshhrzm) December 25, 2019
Namun begitu, ramai juga menjelaskan bahawa ada sebab munasabah mengapa individu itu tidak menekan butang rakam
selalu buat camni bila tak nampak sebab kepala orang depan, so kita tengok dari screen phone je.
— phvckoph (@_krappyfatty) December 25, 2019
Dia buat mcm ni sbb dia rabun la kot.aku pon biasa .bukan nak record tapi nak nmpk lagi jelas
— Eja (@Eja04818818) December 25, 2019
selalunya buat camni utk org yang rabun je sebab tak nampak depan. bukan sbb nak record hukhuk
— Qis (@nrblqsh_) December 25, 2019
Aku selalu buat macam ni sebab aku rabun tapi malas pakai cermin mata.
— (@yakobuki) December 25, 2019
if aku kat situ pon aku akan buat benda sama. sebab aku pendek.
— i q a (@rfqhnzfh) December 25, 2019
Org yg rabun jea paham situasi ni… Lagi2 nk tgk singboard order kat mcd kfc dan lain2
— wookkeyyy (@hatredForNON3) December 25, 2019
@Izaura_Izzaty @nwhdxm_ sama mcm aku sia time kat kv perempuan kene duk belakang. Korang je tahu situasi aku kat dewan. Nasib ade camera dslr boleh zoom smpai nmpk muka. Takde la org perform kat depan aku tak nmpkGAHAHAHAHAHAHADah tawu rabun tapi xde spect
— Puteri_Siti (@PrincessCeah) December 25, 2019
Tak sangka ramai yang boleh relate sebab video ini! Apa-apapun, lepas ni siapa yang nak rakam kena pastikan tekan butang yang betul ya.
LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!
Antara video ‘kreatif’ yang dirakam rakyat Malaysia:
All copyrights for this article are reserved to Says