Informasi

Update Cara Aktifkan BSN Online Dan Cara Daftar Pengguna Baru

Bagi pemilik akaun BSN, anda digalakkan untuk mendaftar BSN online. Ia bagi memudahkan urusan perbankan anda. BSN online boleh didaftar melalui MyBSN. Dengan kemudahan ini, anda tak perlu lagi bersesak-sesak atau hadir ke kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional.

 

Kelebihan Daftar BSN Online Banking

Antaranya ialah:

  1. Boleh buat semakan  baki akaun Bank Simpanan Nasional online banking.
  2. Mudah untuk buat instant transfer online ke akaun anda yang lain. Termasuk ke Maybank Online, RHB, affin bank online, dan lain-lain lagi.
  3. Boleh buat kiriman wang ke akaun mana-mana bank yang lain.
  4. Boleh terima dan buat kiriman wang ke luar negara.
  5. Mudah untuk anda membuat bayaran bil utility seperti bil air,bil elektrik,bil Astro dan lain-lain.
  6. Mudahkan anda untuk shopping online.
  7. Pembelian PIN. Untuk tujuan pendaftaran permohonan kemasukan ke institusi awam.
  8. Pembelian SSP Online.
  9. Dan paling penting, anda tidak perlu bersesak-sesak lagi di mesin atm. Sepanjang masa semata-mata untuk untuk semak baki duit dalam akaun anda. Atau untuk semak bayaran BRIM contohnya. Semak sahaja secara online.

 

Secara ringkasnya hampir segala urusan berkenaan perbankan Bank Simpanan Nasional boleh dibuat melalui BSN Online.  Daripada pertanyaan baki hingga pemindahan dana, pembayaran bil, pembayaran kad kredit, pembelian SSP, pembelian Pin dan banyak lagi.

 

Syarat Aktifkan Dan Daftar BSN Online di portal MyBSN

  • Anda hanya boleh aktifkan BSN Online dan kemudahan ini, sekiranya anda telah mempunyai akaun di Bank Simpanan Nasional sahaja. Sekiranya belum mempunyai sebarang akaun dengan BSN, anda perlu hadir ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional untuk tujuan membuka akaun bank terlebih dahulu.

 

  • Pastikan anda telah kemaskini nombor telefon bimbit yang anda daftarkan untuk akaun BSN anda. Ini kerana nombor kod OTP akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang anda daftarkan.

 

  • Jika sekiranya anda belum kemaskini nombor telefon bimbit anda, anda perlu hadir ke kaunter cawangan BSN berhampiran anda. Bagitahu pihak bank, yang anda mahu kemaskini nombor telefon bimbit anda. Anda boleh semak disini cara tukar nombor telefon bsn, dan perkara-perkara anda perlu sediakan sebelum anda berurusan di kaunter BSN.

 

  • Pastikan kad debit/kad atm anda ada bersama anda, semasa anda ingin mendaftar BSN Online. Ini kerana, anda perlu mengisi butiran-butiran yang terdapat pada kad atm/kad debit anda.

 

Cara Daftar MyBSN Online Banking Pengguna Kali Pertama

 

  • Klik butang register untuk pendaftaran kali pertama BSN Online.

 

  • Anda akan di bawah ke halaman First Time Registration. Halaman ini mengandungi terma dan syarat. Jika anda setuju dengan terma dan syarat, klik Accept. Sekiranya anda tidak bersetuju klik Decline (Sekiranya anda tidak bersetuju, anda tidak boleh mengunakan perkihdmatan BSN Online ini)

 

  • Selepas klik Accept, klik Next.

    BSN Online Form

  • Seterunya anda akan diminta untuk mengisi butiran-butiran peribadi dan kad bank/kad atm/kad debit anda.

 

  • Ruangan bertanda bintang ialah ruangan yang wajid di isi.

 

  • Debit/credit card number ialah 16 digit nombor pada hadapan kad anda.

 

  • CVV2 pula ianya nombor 3 digit di belakang kad anda.

 

  • Expiry date, lihat bulan dan tahun kad anda tamat tempoh pada hadapan kad anda.

 

  • Pada Step 2, anda hanya perlu isikan salah satunya.

 

  • Untuk warga Malaysia isikan New IC Number.

 

  • Untuk bukan warganegara Malaysia isikan passport number.

 

  • Untuk badan berunfiorm seperti PDRM/Tentera sila isikan Militarry Number.

 

  • Setelah isi dan semak butiran data yang disi, klik Next.

 

  • Pada halaman seterusnya, anda akan di minta untuk isikan username  dan password yang anda ingin gunakan untuk Login akaun BSN Online anda di portal MyBSN nanti.

 

  • Isikan password yang sama di ruangan Confirm New Password.(Penting, sila pastikan anda catat dan simpan username dan password ini. Simpan dengan cermat untuk kegunaan anda sahaja. Jangan sesekali beri dan dedahkan dengan orang lain.

 

  • Setelah selesai isi butiran pastikan anda semak terlebih dahulu sebelum anda tekan “Request OTP

 

  • Setelah anda tekan “Request OTP”, anda akan menerima kod OTP melalui nombor telefon yang telah anda daftarkan.

 

  • Masukkan kod OTP yang diterima yang dan klik butang Confirm.

 

  • Seterunya anda akan diminta untuk memilih “Online Image”. Ianya adalah sebagai pengesahan setiap kali anda log masuk ke akaun banking MyBSN anda pada masa-masa akan datang.

 

  • Akhir sekali, klik butang SUBMIT dan pendaftaran akaun perbankan myBSN Online anda telah berjaya.

 

 

Log Masuk BSN online banking (First Time Login)

Selepas pendaftaran anda berjaya, anda disarankan untuk buat First Time Login untuk anda semak, dan pastikan pendaftaran BSN Online anda berjaya dan tiada masalah lain.

  1. Layari portal https://mybsn.com.my
  2. Masukkan Username.
  3. Tekan butang Login.
  4. Buat pengesahan Online Image milik akaun anda. (Sekirnya imej yang dipaparkan tidak sama dengan imej yang telah anda tetapkan, sila refesh semula website mybsn.com.my
  5. Setelah anda dapati imej yang dipaparkan sama, sila masukkan passwordakaun anda.
  6. Setelah dapat akses masuk, isikan maklumat peribadi anda.
  7. Pilih jenis soalan rahsia yang anda ingin jawab dan masukkan jawapan anda.(Pastikan anda ingat dan sebaiknya anda catat. Ianya akan digunakan apabila anda terlupa password atau username pada masa akan datang)
  8. Tahniah! Anda kini sudah berjaya mendaftar dan login BSN online banking.

 

Log masuk BSN  Online Selepas First Time Login & Seterusnya

Dengan erti kata lain, ini merupakan kali kedua,ketiga dan setersnya anda log in ke akaun BSN Online anda. Anda sudah tidak lagi diminta isikan soalan rahsia lagi. Boleh terus login dan membuat sebarang transaksi yang anda mahukan.

  1. Layari https://mybsn.com.my
  2. Masukkan Username.
  3. Tekan butang Login.
  4. Sahkan Online Image milik akaun anda. Jika bukan, sila refesh semula website https://mybsn.com.my
  5. Masukkan Password akaun anda.

 

Sekiranya tiada kesalah ketika anda masukkan username dan password, anda akan berjaya log masuk ke dalam BSN online banking dan terus boleh buat sebarang urusan yang anda kehendaki.

 

BSN Online Hotline

Sekiranya anda mempunyai keraguan, masalah atau mengesyaki berlaku transaksi yang meragukan di akaun BSN Online anda, terus hubungi BSN Hotline ;

 

NOTIS PENTING:

Berkuat kuasa 15 September 2021 (Rabu), Pusat Perhubungan BSN beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam.

Walau bagaimanapun, selepas 10.00 malam panggilan anda akan dihalakan ke Auto Respons Suara Interaktif Bank Simpanan Nasional untuk:

 

  • Laporkan kad yang hilang dan dicuri
  • Bantuan penggunaan kad luar negara

 

Anda juga boleh terus layari website BSN Contact Us

 

Urusan yang tidak boleh dibuat menerusi BSN Online

Namun begitu, terdapat juga urusan berkiatan Bank Simpanan Nasional tidak boleh dilaksanakan melalui BSN Online untuk masa ini. Beberapa urusan yang tidak boleh dibuat secara online, dengan erti kata lain, urusan berikut wajib dan perlu hadir ke kaunter cawangan BSN ialah ;

 

  1. Pendaftaran /pembukaan akaun baru BSN.
  2. Kemaskini alamat dan butiran peribadi

 

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jangan lupa kongsikan kepada yang lain juga

 

 

 

Sertai channel telegram untuk dapatkan informasi terkini dan menarik
Share
OhKunak

Berkongsi bacaan santai tetapi penuh dengan fakta menarik,teknologi isu semasa dan terkini. Terima kasih kerana sudi membaca artikel kami. Tanpa pembaca siapalah kami

View Comments

Recent Posts