TUNS Permohonan Tabung Pembangunan Ushawan Negeri Sembilan

Tabung Pembangunan Ushawan Negeri Sembilan (TUNS) 2022 merupakan bantuan pembiayaan secara geran berjumlah RM3,000.00 yang disasarkan kepada Penjaja dan Peniaga Kecil di Negeri Sembilan. Objektif utama penubuhan TUNS ini adalah supaya lebih ramai golongan usahawan pada skala ini berjaya diwujudkan melalui inisiatif ini. Disamping itu juga diharapkan agar bantuan ini dapat meningkatkan perniagaan sedia ada para usahawan agar melonjak ke satu tahap yang lebih baik dari sebelumnya.

TUNS (Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan)

tuns tabung pembangunan usahawan negeri sembilan

TUNS juga secara tidak langsung dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan disamping membantu merangsang pertumbuhan ekonomi. Melalui Belanjawan Negeri Sembilan 2022 yang bertemakan ‘Mendaya Upaya Ekonomi Rakyat’, Kerajaan Negeri Sembilan bersetuju untuk meneruskan inisiatif TUNS untuk tahun keempat pada tahun ini dengan peruntukan berjumlah RM3.00 juta

Tarikh permohonan

Bagi batch 1/2022 tarikh permohonan 1 Feb – 28 Feb 2022

Syarat Kelayakan

Pemohon

  • Warganegara Malaysia;
  • Anak Negeri Sembilan atau Pengundi Negeri Sembilan;
  • Perniagaan berdaftar di bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777)/ Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012/ Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197) dan masih sah tempoh ketika tarikh tutup permohonan dan telah didaftarkan serta beroperasi selama tempoh tiga (3) bulan sebelum permohonan dibuat;
  • Alamat perniagaan didaftarkan di Negeri Sembilan dan perniagaan beroperasi di Negeri Sembilan;
  • Peniaga atau penjaja kecil yang mencatatkan jualan tahunan kurang daripada RM100,000.00;
  • Mempunyai akaun perniagaan yang sah dan aktif dalam tempoh tiga (3) bulan;
  • Pemohon menjalankan perniagaan secara sepenuh masa;
  • Pemohon tidak berstatus muflis; dan
  • Kelayakan permohonan adalah sekali bagi tempoh lima (5) tahun.

Perniagaan Yang Layak

  • Minuman dan makanan;
  • Bakeri, pastri dan kuih-muih;
  • Khidmat jahitan;
  • Pertanian/penternakan/perikanan;
  • Salon kecantikan dan gunting rambut;
  • Kraf tangan dan cenderamata;
  • Peruncitan;
  • Fotografi; dan
  • Lain-lain perkhidmatan (selain insurans, institusi kewangan dan pembekalan tenaga kerja).

Perniagaan Tidak Layak

  • Perkhidmatan profesional;
  • Homestay;
  • Jual beli barangan buangan (besi dan plastik lusuh);
  • Ejen jualan produk, dropship dan Multi-Level Marketing;
  • Mesin layan diri (vending machine);
  • Dobi layan diri;
  • Kontraktor;
  • Sewaan jentera dan kenderaan penumpang mahupun perkhidmatan logistik;
  • Perniagaan yang salah disisi undang-undang;
  • Perniagaan yang memudaratkan kesihatan serta tidak memenuhi/mematuhi nilai-nilai moral masyarakat seperti rokok, rokok elektronik, ejen nombor ramalan, minuman keras dan lain-lain.

Geran Pembiayaan

Komponen pembiayaan yang dibenarkan di bawah program ini terbahagi kepada lima (5) komponen utama. Segala permohonan bagi pembiayaan komponen-komponen yang dibenarkan ini hendaklah bertujuan untuk menambahbaik kapasiti pengeluaran perniagaan dari keadaan sedia ada. Komponen-komponen tersebut adalah seperti berikut :

  • Pembelian mesin dan peralatan perniagaan;

Melibatkan pembelian mesin atau peralatan perniagaan yang berkaitan dengan jenis perniagaan yang dijalankan oleh pemohon. Sekiranya pemohon mempunyai pelbagai kod bidang perniagaan yang dinyatakan di dalam penyata pendaftaran perniagaan, permohonan yang dikemukakan hendaklah mewakili sektor perniagaan utama pemohon.

  • Pembangunan produk;

Melibatkan kerja-kerja pembangunan produk perniagaan sama ada dibuat secara terus oleh pemohon atau melalui lantikan konsultan bagi tujuan pembangunan jenama (logo dan tagline) dan rekabentuk pembungkusan produk. Ia juga merangkumi kerja-kerja mendapatkan persijilan, ujian makmal untuk mendapatkan fakta nutrisi atau memanjangkan tempoh hayat produk dan yang seangkatan dengannya.

  • Promosi dan pemasaran;

Melibatkan apa-apa kerja promosi dan pemasaran untuk memperkenalkan perniagaan atau pun produk. Komponen pembiayaan ini meliputi sewaan papan iklan, percetakan alat promosi, pengiklanan di media massa dan media sosial.

  • Pembelian bahan mentah; dan

Melibatkan pembelian bahan mentah perniagaan utama yang dijalankan. Permohonan di bawah komponen ini adalah berkonsepkan tuntutan semula bagi tahun semasa. oleh yang demikian, pemohon perlu mengemukakan resit-resit asal pembelian kepada urus setia untuk tujuan pembuktian.

  • Modal kerja.

Komponen pembiayaan ini merangkumi bayaran sewa premis/ tapak perniagaan dan bayaran bil utiliti di premis/ tapak perniagaan tersebut. Namun begitu perniagaan yang dijalankan di premis/ tapak perniagaan milik sendiri atau perniagaan yang beroperasi dari rumah atau secara atas talian adalah tidak layak untuk memohon pembiayaan di bawah komponen ini.

Bagi bayaran sewa premis/tapak perniagaan yang dijalankan, pemohon perlu mengemukakan dokumen perjanjian sewa premis/ tapak perniagaan di antara pemohon dengan pemilik premis/ tapak perniagaan. Bayaran bil utiliti yang dibenarkan termasuklah telefon talian tetap (fixed-line phone), internet, elektrik dan air. Permohonan di bawah komponen ini adalah berkonsepkan tuntutan semula bagi tahun semasa. oleh yang demikian, pemohon perlu mengemukakan resit-resit asal pembelian kepada urus setia untuk tujuan pembuktian

Dokumen Sokongan

  • Salinan kad pengenalan adalah milik pemohon dan jelas;
  • Gambar formal pemohon berukuran passport;
  • Salinan lesen/ permit perniagaan (keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai lesen/ permit);
    • Atas nama pemohon sendiri atau nama rakan kongsi yang didaftarkan di dalam dokumen pendaftaran SSM
    • Masih sah tempoh ketika tarikh tutup permohonan
  • Salinan dokumen pendaftaran SSM ;
    • Perniagaan pemilikan tunggal/ perkongsian
      • Sijil perakuan pendaftaran
      • Maklumat perniagaan
      • Maklumat pemilik perniagaan terkini
    • Syarikat Awam Berhad atau Sendirian Berhad
      • Borang 24/ Borang Seksyen 78
      • Borang 49/ Borang Seksyen 58
    • Masih sah tempoh ketika tarikh tutup permohonan.
    • Milik pemohon
    • Beralamat dan beroperasi di Negeri Sembilan.
    • Perniagaan yang bukan pemilikan tunggal wajib disertakan dengan surat persetujuan semua  rakan kongsi untuk memohon pembiayaan ini.
    • Permohonan mestilah berkaitan dengan jenis perniagaan yang didaftarkan di dalam dokumen pendaftaran SSM (pemohon perlulah memilih hanya satu jenis perniagaan bagi permohonan TUNS – hanya terpakai pada pemohon yang mempunyai lebih daripada satu (1) perniagaan).
  • Salinan penyata kewangan/penyata bank perniagaan;
    • Akaun mestilah atas nama perniagaan/ syarikat atau nama pemohon.
    • Penyata akaun perniagaan/syarikat pemohon yang mempunyai transaksi aktif bagi membuktikan perniagaan pemohon beroperasi.
    • Tempoh penyata kewangan/penyata bank hendaklah yang terkini bagi tempoh tiga (3) bulan berturut-turut.
    • Penyata yang dikeluarkan melalui kaunter bank perlu mendapat pengesahan dan cop pegawai bank.
    • Penyata yang dikeluarkan oleh bank atau penyata lengkap yang dimuat turun melalui perbankan online. (Screenshot daripada transaction history adalah tidak diterima).
  • Salinan penyata kewangan/ penyata bank peribadi;
    • Akaun peribadi mestilah atas nama pemohon.
    • Penyata akaun simpanan pemohon yang mempunyai transaksi aktif bagi membuktikan perniagaan pemohon beroperasi.
    • Tempoh penyata kewangan/ penyata bank hendaklah yang terkini bagi tempoh tiga (3) bulan berturut-turut.
    • Penyata yang dikeluarkan melalui kaunter bank perlu mendapat pengesahan dan cop pegawai bank.
    • Penyata yang dikeluarkan oleh bank atau penyata lengkap yang dimuat turun melalui perbankan online. (Screenshot daripada transaction history adalah tidak diterima).
  • Gambar perniagaan (sekurang-kurangnya tiga (3) gambar);
    • Gambar yang membuktikan perniagaan beroperasi.
    • Gambar hadapan premis.
    • Pemohon yang beroperasi dari rumah atau secara atas talian hendaklah memberikan screenshot Laman Web, Facebook, Instagram atau mana-mana platform jualan atas talian yang boleh membuktikan perniagaan tersebut dijalankan.
  • Salinan perjanjian sewa premis/ tanah; 
    • Masih sah tempoh ketika tarikh tutup permohonan.
    • Terpakai untuk permohonan yang memohon modal kerja (bayaran sewa premis dan bil utiliti).
    • Bagi pembiayaan melibatkan sektor pertanian dan penternakan, pemohon perlu melampirkan salinan geran tanah dan surat kebenaran menjalankan aktiviti di tanah tersebut oleh pemilik tanah (sekiranya tanah bukan milik pemohon).
  • Sebut harga terkini atau dalam tempoh sebulan dari tarikh permohonan;
    • Sebut harga asal yang dikeluarkan oleh pembekal yang layak membekal berserta cop perniagaan pembekal dan mestilah atas nama/ nama perniagaan pemohon.
    • Setiap barang yang dipohon mestilah dinyatakan dengan jelas seperti jenama, model, spesifikasi, kuantiti dan harga.
    • Maklumat pembekal mestilah lengkap seperti nama perniagaan, nombor pendaftaran SSM, alamat perniagaan, nombor telefon dan lain-lain. Keutamaan adalah kepada pembekal dari Negeri Sembilan dan jika pembekal dari luar Negeri Sembilan, pemohon perlu mengisi ruangan perakuan/ justifikasi pemilihan pembekal tersebut.
    • Barang/ peralatan yang dipohon hendaklah berkaitan dengan perniagaan dan menjadi aset kepada perniagaan dan bukan stok jualan (sertakan surat justifikasi permohonan peralatan jika perlu).
    • Stok jualan dan bahan pembungkusan adalah dikategorikan sebagai bahan mentah.
    • Kerja-kerja ubahsuai dan membina struktur adalah tidak termasuk di dalam komponen pembiayaan kecuali bagi permohonan melibatkan pertanian dan penternakan bagi membina struktur pertanian atau kandang penternakan.
    • Pembekal yang mengeluarkan sebut harga tidak boleh mempunyai sebarang kepentingan dengan pemohon. Sekiranya terdapat sebarang konflik kepentingan, permohonan akan ditolakserta merta.
    • Pembelian dari platform Shopee dan Lazada adalah dibenarkan. Bagi menggantikan sebut harga, pemohon perlu screenshot gambar yang mempunyai harga dan spesifikasi yang lengkap barangan yang ingin dibeli. 

Pengesahan Dokumen

Setiap helaian dokumen sokongan mestilah disahkan oleh Pegawai yang berkelayakan. (Pegawai Kerajaan Kumpulan A/ Pengetua/ Guru Besar/ Guru Penolong Kanan/ Wakil Rakyat/ Penggawa/ Penghulu/ Ketua Kampung).

  • Tandatangan bagi pihak (b/p) tidak di benarkan.
  • Setiap pengesahan oleh pegawai yang layak di atas salinan dokumen mestilah mempunyai nama dan jawatan pegawai serta jabatan dan alamat tempat kerja pegawai tersebut. Tandatangan tanpa cop serta maklumat jawatan adalah tidak dibenarkan atau diterima.

Pemohon boleh merujuk Pusat Khidmat Rakyat DUN setempat sekiranya menghadapi kesukaran untuk melengkapkan dokumen.

Sila muat turun dokumen ini untuk melihat senarai pegawai yang layak mengesahkan dokumen

Senarai Pegawai Layak Sahkan Dokumen

Cara Permohonan

Semua permohonan di buat secara online menerusi tuns online pada pautan berikut

https://tuns.my/2022/daftar_baharu.php

*Semua dokumen sokongan perlu di buat naik semasa mengisi borang permohonan

Semakan TUNS

Semakan permohonan Tabung Pembangunan Ushawan Negeri Sembilan (TUNS) boleh dibuat dengan cara tuns login di website yang sama sewaktu anda membuat pendaftaran.

Butiran pendaftaran akan di email ke alamat email yang anda daftarkan

Adalah di ingatkan agar email yang anda masukkan ketika membuat pendaftaran adalah email yang aktif untuk mengelakkan sebarang kesulitan di kemudian hari

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan TABUNG USAHAWAN NEGERI SEMBILAN TUNS sila hubungi;


EN. Shah Johan Bin Md Sallehudin
Bahagian Pembangunan Usahawan
Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS)
Peti Surat 158, Jalan Yam Tuan,
70710 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel : +606-761 6871
Faks : +606-762 6291

P/s : Untuk permohonan TUNS Plus 2022, permohonan akan dibuka pada 1 Mac 2022

Sertai channel telegram untuk dapatkan informasi terkini dan menarik

Leave a Reply