•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Ketika ramai yang menyambut tahun baru 2021 dengan azam dan semangat yang baru, lain pula ceritanya bagi seorang lelaki yang malang ini. Bila perlakuanya menyarung cincin permata pada kemaluanya mengundang derita dan malu besar buat beliau.

Mangsa yang berusia 38 tahun itu terpaksa mendapatkan bantuan dari sepasukan anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Ahmad Rusdi Lazim, untuk membantu khidmat khas memotong cincin berkenaan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), hari ini.

Beliau berkata, anggotanya tiba di HSB dalam masa lima minit selepas menerima panggilan operasi itu, untuk melakukan operasi memotong cincin berkenaan.

“Operasi dilakukan dengan berhati-hati menggunakan alat pemotong cincin untuk mengelak kecederaan pada serius pada kemaluan mangsa.

Ahmad Naufal berkata, operasi tamat pada jam 5.51 pagi tadi.

Beliau berkata, ini adalah kes pertama membabitkan cincin tersangkut pada kemaluan pada awal tahun baru ini.

“Operasi disertai empat anggota dari BBP Alor Setar dan sebuah jentera EMRS,” katanya.

Sumber : Berita Harian