Bantuan Kanak Kanak (BKK) RM1000 kini boleh di mohon di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Ibubapa kanak-kanak yang kurang berkemampuan dan layak boleh mengemukakan permohonan
Untuk makluman, Bantuan ini telah dikemaskini dan kadar bayaran juga telah di tingkatkan menerusi bajet 2021 dan masih diteruskan pada bajet 2022. Bantuan yang pihak kami maksudkan ini adalah bantuan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk kategori Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
Bantuan Kanak Kanak (BKK) RM1000

Membantu keluarga/penjaga keperluan kepada anak/kanak-kanak yang tiada penjaga supaya terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelansungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Kenaikan kadar Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin daripada RM100 seorang anak dengan maksimum RM450 sekeluarga sebulan kepada:
- RM150 seorang anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun; atau
- RM200 seorang anak berumur 6 tahun dan ke bawah dengan maksimum RM1,000 sekeluarga.
Kadar Bayaran
Minimum sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan mengikut pecahan berikut :
i. RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah;
ii. RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun; dan
iii. Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan
Baca juga : Bantuan Khas COVID RM100 Sehari
Tujuan
- Membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.
- Membantu memelihara dan memperkukuhkan institusi keluarga yang terlibat dalam memberi jagaan sempurna kepada kanak-kanak termasuk kasih sayang dan perhatian.
Syarat Kelayakan
- Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
- Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa;
- Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun dan yang berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas; ATAU
- Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat (KPKM).
- Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.
Cara Permohonan
- Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.
- Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti
- Salinan Kad Pengenalan diri pemohon,
- Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama,
- Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama,
- Salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
Permohonan Online
Boleh layari pautan berikut : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp
Sekiranya link pautan di atas tidak dapat diakses, pemohon adalah diminta untuk membuat permohonan secara manual dengan mengisi borang permhonan dan menyertakan dokumen sokongan dan seterusnya di hantar ke Pejabat Kebajikan Masyarakat tempat bermastautin
Borang Permhonan
JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan
Hubungi
Sekiranya anda mempunyai masalah atau pertanyaan berkaitan permohonan Bantuan Kanak Kanak (BKK) boleh menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian masing-masing.
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
Telefon : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045Emel : Maklum Balas (ISPAAA)
Aduan : pro_jkm@jkm.gov.my
ATAU