Tarikh Pembayaran Bantuan Sara Hidup BSH 2019.

Tarikh pembayaran Bantuan Sara Hidup atau BSH 2019.

Tiada lagi BR1M mulai 2019, kerana kerajaan telah memansuhkanya menjadi Bantuan Sara Hidup Rakyat atau BSHR

Hari ini dalam satu sidang media Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memberitahu bayaran pertama akan dibuat selepas Tahun Baru Cina nanti.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata kerajaan sedang mengumpul data bagi penerima yang layak.“Kita mempunyai pendekatan baharu, maka ia memerlukan masa untuk dilaksanakan.

“Seperti mana diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2019, kita mempunyai kaedah baharu melaksanakan pengagihan BSH.

“Ia akan dibuat selepas sambutan Tahun Baharu Cina dan ia akan dibayar,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen, hari ini.

Ketika pentadbiran terdahulu, BSH dikenali sebagai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Menerusi BSH, setiap isi rumah berpendapatan kurang RM2,000 akan menerimaRM1,000.

Bantuan tambahan juga akan diperkenalkan iaitu golongan B40 yang mempunyai anak bawah usia 18 tahun akan menerima RM120, bagaimanapun terhad kepada empat orang anak.

Dalam perkembangan lain, kerajaan akan mengambil tindakan terhadap bank pelaburan terkemuka dari Amerika Syarikat, Goldman Sachs, susulan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Guan Eng berkata, kerajaan menyerahkan pertimbangan itu kepada Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

“Sudah tentu kerajaan akan mengambil tindakan berhubung perkara ini, namun prosedur undang-undang kita serahkan kepada Peguam Negara.

“Perkara ini akan dibincang serta diuruskan oleh Peguam Negara dan setiap bahagian mempunyai bidang kuasa tersendiri,” katanya.

Sebelum ini, tuntutan saman sivil diusahakan terhadap Goldman Sachs bagi mendapatkan semula dana berjumlah AS$4.5 bilion nilai kerugian yang dialami melalui urus niaga 1MDB.

Mengulas isu berbeza, Guan Eng ketika ditanya mengenai isu pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkata, pandangan dan persetujuan semua parti komponen Pakatan Harapan (PH) diperlukan bagi mencapai keputusan bersama.

“Keputusan bersama akan memberi gambaran demokrasi yang lebih baik, rakyat perlu diberi peluang mengundi dan kita akan laksanakan seperti yang dijanjikan menerusi manifesto PH,” katanya.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam satu majlis pagi ini menegaskan, pilihan raya PBT tidak akan diadakan kerana ia berkemungkinan mewujudkan konflik berasaskan perkauman.

Apa komen anda mengenai Bantuan sara hidup BSR 2019?

Sertai channel telegram untuk dapatkan informasi terkini dan menarik

Leave a Reply