Suri Rumah Jana RM4,00 Sebulan Dari Rumah Jual Keropok Super Ring
Viral baru-baru ini mengenai suri rumah jual super ring dari hanya dari rumah dan menjana pendapatan RM4,800 sebulan secara online. Siapa yang tak kenal dengan snek ringan rakyat Malaysia seperti Super Ring bukan sahaja menjadi kegemaran orang tempatan, malah bekas Perdana Menteri Malaysia Dato Sri Najib juga makan jajan super ring ini.

Selain itu juga, jajan Super Ring terkenal di Korea Selatan. Super Ring mencipta fenomena di Korea Selatan kerana Jennie dan Jisoo Blackpink menyukainya.
Apa yang lebih mengejutkan, Super Ring juga rupanya laku dan digilai oleh mereka di Amerika Syarikat. Mesti anda macam tidak percaya, bukan?
Menerusi temubual Mstar, seorang suri rumah iaitu Rabiatul Adilah atau lebih dikenali sebagai Sis Dila telah menjalankan perniagaan dalam talian menerusi platform eBay. Beliau telah mendedahkan bahawa keropok Super Ring antara yang mendapat permintaan tinggi daripada rakyat luar negara terutama sekali Amerika Syarikat.
Sedia maklum, snek tersebut yang berharga RM1.60 di Malaysia mampu dijual sehingga mencecah AS$12 (~RM50) di sana. Difahamkan beliau sudah setahun berkecimpung dalam perniagaan di platfrom tersebut dan beliau mula untuk menyertai perniagaan ini selepas melihat rakan-rakannya mampu menjana pendapatan yang lumayan.
Tambahnya lagi, stok Super Ring, ubat nyamuk dan sebagainya yang dijualnya sebenarnya beliau beli di pasaraya dari Mydin, 99 Speedmart dan Shopee untuk dipasarkan.
Selain keropok Super Ring yang laris dijual di eBay, petai, tempe dan ubat nyamuk turut mendapat permintaan tinggi di luar negara. Beliau turut berkongsi pendapatan beliau dan mendakwa mampu menjana RM4,800 sebulan dengan mudah.

Malah anda mungkin tak percaya bahawa daun ketapang juga boleh dijual, malah mendapat permintaan dari seluruh dunia di ebay.
Apa yang dibuat oleh Sis Dila bukanlah perkara baru, cuma mungkin anda tak tahu. Pernah tak korang terfikir, jual barang-barang yang biasa nampak dekat sekeliling kita ke pasaran antarabangsa pun boleh untung berganda-ganda?
Sebenarnya apa yang Sis Dila buat pun anda boleh buat. Rahsianya Sis Dila menjual produk-produk tempatan ini keluar negara menerusi platform e-bay.
Apa Itu E-bay
E-bay ni sama macam Shopee tempat untuk korang shopping online. Bezanya e-bay adalah tempat shopping untuk satu dunia, termasuk negara amerika, eropah, china dan lain-lain lagi.
Bagaimana Buat Duit Di E-bay
Actually ada banyak cara nak jual produk dekat Ebay…Ada yang dropship produk China , ada yang jual produk berasaskan servis macam printing tshirt / mug, ada yang jual produk keluaran sendiri dan ada jugak yang jual produk tempatan .
Apa yang Sis Dila buat, beliau lebih prefer jual barang yang senang nak dapat dekat pasaran tempatan je…Mudah!…Barang ada depan mata dan kita dapat monitor kualiti barang dan packaging!
Waktu awal-awal buat Ebay dulu, income boleh dikatakan agak sendu…Maklumlah waktu tu masih lagi dalam fasa “try and error”…Tak nampak lagi produk apa yang ok, teknik apa yang ok dan sebagainya.Tapi bila dah faham permainan dia macam mana, Alhamdulillah 4 ke 5 angka bersih setiap bulan tu stable je masuk
Nak Belajar Buat Duit Di E-bay Macam Sis Dila?
Sekarang ni apa perasan korang lepas dah tau jual produk tempatan pun boleh untung besar? Mesti teruja sakan kan?…🤑…Saya faham perasan korang sebab saya dulu pun macam tu jugak…😂


Anyway saya kena berterus terang dengan korang…Bisnes ni tak semudah yang disangkakan…Hakikatnya, ramai yang cuba-cuba buat sebelum ni dah pun gulung tikar…Ada yang hasil sendu dan ada jugak yang tak dapat hasil langsung!
Actually , untuk dapatkan hasil yang lumayan, nak tak nak korang kena jugak dapatkan ilmu yang betul…Ilmu yang betul ni la yang susah player-player lama nak dedahkan…😭

Cuma korang sekarang bernasib baik sebab macam Sis Dila jugak, korang boleh belajar dengan tuan Farhan dan Fazley dari A to Z macam mana cara yang betul untuk berbisnes di Ebay dan jana pendapatan dari rumah, walaupun korang suri rumah macam Sis Dila, korang boleh belajar melalui panduan ni.
Semoga bermanfaat, k harap korang pun boleh buat duit dari rumah