#StayAtHome –Ini Cara Wangikan Rumah Secara Semulajadi Paling Berkesan

#StayAtHome kempen sempena perintah kawalan pergerakan yang di keluarkan oleh pihak kerajaan Malaysia untuk membendung virus Covid-19 dari berleluasa.

Dalam tempoh ini, anda mungkin bosan dirumah? Apakata ambik peluang ini, untuk buat sesuatu yang bermanfaat. Ya! suri rumah bolehlah cuba cara wangikan rumah secara semulajdi ni. Memang berkesan dan puas hati

 Anda tentu pernah alami bau masakan dalam rumah kan? Paling tak boleh tahan selepas siap menggoreng ikan. Memang kuat baunya, bukan sahaja terhidu di ruang dapur malah satu rumah berbau. Jika asyik nak spray pewangi udara pun kena banyak modal.

Dah lah musim sekarang ekonomi tengah tidak stabil, lebih baik guna duit tu untuk beli stok makanan sebagai persediaan. Ya la kan dah kena #StayAtHome !

Sebelum ini mungkin anda sibuk, jadi alangkah baiknya anda ambil peluang sempena perintah kawalan perjalanan, kempen #StayAtHome ini untuk anda mencuba kaedah semulajadi untuk menghilangkan bau dirumah.

Cara Wangikan Rumah Secara Semulajadi

Tips ini, kita hanya menggunakan bahan-bahan yang lebih murah dan mudah didapati untuk atasi masalah bau yang kurang menyenangkan ini. Nak tahu bagaimana jom semak apa yang dibuat oleh Puan Anis Hkmn ini.

Cara penyediaan:

Ambil 5@6 helai daun limau atau ikut puan-puan semua nak guna banyak mana. Lepas tu rebus

Huuuuuurrrrrmmm. Wangi je rumah. Bau limau la. Heehehe. Memang kurang sikit bau ikan goreng. Tapi make sure masa goreng ikan tu buka la pintu dapur. Sekurang-kurangnya boleh keluar bau-bau masakan. Ini cara yang diamalkan oleh Puan Anis Hkmn yang telah dikongsikan melalui MAHN dan boleh dicuba untuk membantu anda mengharumkan ruangan kediaman.

Selain cara ini, ada lagi 7 cara lain yang juga boleh anda praktiskan untuk menghilangkan bau yang kurang menyenangkan. Jom semak!

Tips Harumkan Ruang Dapur

  1. Kulit Limau+ Kulit Kayu Manis Ambil kulit limau dan didihkan bersama air. Kemudian masukkan sedikit serbuk kulit kayu manis. Masak sehingga ramuan beraroma dan sejukkan. Masukkan ke dalam botol spray dan sedia untuk digunakan untuk tujuan mewangikan ruangan dapur malah seluruh rumah.
  1. Guna Arang Letak arang di mana-mana tempat yang sesuai. Jika hendak nampak cantik letakkan arang di dalam pasu dan hias bersama dengan bunga hiasan supaya nampak lebih menarik dan bergaya.
  1. Bancuh Kopi Bancuh air kopi yang sengaja dibuat pekat bertujuanuntuk menyebarkan aroma kopi yang segar di seluruh ruangan. Cara ini cukup mudah dan pantas!
  1. Soda Bikarbinat Letakkan satu bekas ‘tupperware’ yang berisi soda penaik di mana-mana ruang dan ia dikatakan soda bikarbonat ini begitu aktif menyerap bau yang kurang menyenangkan.
  1. Daun Pandan Seperti yang kita tahu, daun pandan mempunyai aroma yang wangi dan menyegarkan, sebab itulah ia digunakan sebagai bahan asas dalam bunga rampai. Jika ada menanam daun pandan di halaman rumah, ambil 2-3 helai daun pandan dan simpulkan. Kemudian letakkan di mana-mana ruang kediaman. Jika ingin lebih berkesan, hiriskan daun pandan kecil-kecil dan letakkan di dalam bekas. Memang harum semerbak!
  1. Limau Kasturi Limau kasturi juga mempunyai aroma yang cukup menyegarkan. Caranya mudah, hiris nipis dan letakkan di dalam bekas kaca berisi air. Letakkan di atas meja dan dalam masa yang sama turut berfungsi menjadi salah satu elemen dekorasi yang ringkas dan menarik.
  1. Esen Vanilla Aromanya memang cukup menenangkan. Ambil sahaja esen vanila dan tuangkan ke dalam bekas berisi air. Secara langsung akan semerbak mewangi ruang kediaman.

Sertai channel telegram kami untuk dapatkan update secara PERCUMA! Klik DISINI

Sumber : Keluar.my

Sertai channel telegram untuk dapatkan informasi terkini dan menarik

Leave a Reply