SKIPMA 2022 : Skim Pinjaman Komputer Pelajar MARA

Terbaru Permohonan SKIPMA 2022 Skim Pinjaman Komputer Pelajar MARA telah dibuka mulai 10 Ogos 2022 sehingga 23 Ogos 2022. MARA menawarkan Skim Pinjaman Komputer Pelajar IPMA (SKIPMA) kepada semua pelajar di Institusi Pendidikan MARA (IPMA) bagi tujuan kemudahan sepanjang pengajian.

Apa Itu SKIPMA 2022?

skipma 2022

Skim Pinjaman komputer di wujudkan bagi membantu pelajar di Insitutsi Pendidikan MARA (IPMa) memilik komputer untuk kemudahan dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran masing-masing seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi serta kaedah baharu dalam pembelajaran

Baca juga : Syarat & Cara Permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM10K

Syarat Kelayakan

  • Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa adalah bumiputera dan warganegara Malaysia
  • Pemohon sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa di peringkat persediaan /pra-universitit,sijil, diploma atau ijazah pertama
  • Pemohon tidak menerima kemudahan pinjaman computer dari badan penaja/pihak lain
  • Baki tempoh pengajian tidak kurang satu tahun dari tarikh permohonan di buat
  • Pemohon layak memohon satu kali pinjaman bagi setiap peringkat pengajian

Jumlah Pinjaman

  • Amaun maksimum adalah sebanyak RM3,000 tertakluk kepada harga sebenar komputer
  • Pinjaman ini tidak dikenakan sebarang faedah dan perlu dibayar balik sepenuhnya

Penjamin

Pinjaman ini memerlukan seorang penjamin

Syarat penjamin

  • Warganegara
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Ibu/bapa/penjaga/ahli keluarga
  • Pendapatan kasar sekurang-kurangnya rm500

Bayaran Balik

  • Pinjaman ini perlu di bayar balik sepenuhnya
  • Pelajar tidak layak memohon pengurangan bayaran balik pinjaman ini
  • Bayaran boleh dibuat secara ansuran bulanan
  • Tempoh maksimum bayar balik adalah 18 bulan
  • Bayaran ansuran pinjaman bermula setelah tamat pengajian

Cara Memohon

  • Permohonan hendaklah di buat secara atas talian menerusi pautan aplikasi.mara.gov.my/skip bermula 10 Ogos 2022 sehingga 23 Ogos 2022
  • Permohonan akan di proses dalam masa 3 bulan dari tempoh permohonan di buat. Sekiranya tiada maklumbalas berkenaan permohonan dalam tempoh tersebut.permohonan dianggap tidak berjaya
  • Semakan status permohonan boleh dibuat melalui wakil person in charge (PIC) di institusi pengajian tinggi masing-masing

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan berkaitan SKIPMA 2022 Skim Pinjaman Komputer Pelajar MARA, anda boleh hubungi ;

Bahagian Penganjuran Pelajaran

Tingkat 10, Ibu Pejabat Mara

21, Jalan MARA,50609 Kuala Lumpur

Email : skipma@mara.gov.my

Website : https://www.mara.gov.my/

Sertai channel telegram untuk dapatkan informasi terkini dan menarik

Leave a Reply