Semakan Skim Pembiayaan i-Bermusim, Hijrah Selangor

Skim Pembiayaan i-Bermusim, Hijrah Selangor telah berjaya membantu ramai usahawan di Negeri Selangor sejak mula diperkenalkan. Tujuan skim ini, adalah untuk mendapatkan modal perniagaan bagi menjalankan aktiviti perniagaan di musim perayaan atau musim buah-buahan.

Pembiayaan sehingga RM20,000 ditawarkan oleh Hijrah Selangor melalui Skim ini amat membantu para peniaga bagi menjalankan aktiviti perniagaan

Skim Pembiayaan i-Bermusim, Hijrah Selangor

skim pembiayaan i-bermusim

Fokus utama kerajaan negeri Selangor menerusi skim ini, adalah bagi membantu dan menggalakkan menjalankan aktiviti perniagaan di musim perayaan atau musim buah-buahan.

Permohonan terbuka untuk semua kaum di negeri Selangor untuk ;

  • Perniagaan Musim Perayaan
  • Perniagaan Musim Buah-buahan

Jumlah Pembiayaan

Hijrah Selangor memberikan bantuan pembiayaan sehingga RM20,000 kepada usahawan yang memerlukan modal untuk menjalankan aktiviti perniagaan di musim perayaan atau musim buah-buahan

Syarat kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Perniagaan mestilah sudah beroperasi
  • Mempunyai SSM/lesen PBT/dokumen perjanjian
  • Rakyat Selangor atau bermastautin lebih daripada 5 tahun
  • Mengundi di Selangor
  • Berumur tidak kurang 18 tahun – 65 tahun
  • Tidak mempunyai rekod pembiayaan yang tidak baik dari mana-mana intitusi kewangan atau agnsi kerajaan
  • Terlibat secara langsung dalam perniagaan
  • Hanya satu (1) pembiayaan sahaja dalam satu-satu perniagaan perkongsian

Syarat Pembiayaan

  • Had pembiayaan minimum RM1,000 sehingga RM20,000 sahaja
  • Tempoh pembiayaan 25 minggu (6 bulan)
  • Caj perkhidmatan sehingga 1% sebulan
  • Surat perjanjian,Salinan geran tanah/dokumen lain yang sah melibatkan perniagaan atau aktiviti ekonomi berkonsep sewaan/pajak
  • Bayaran balik secara mingguan

Baca juga : Bantuan Khas COVID19 RM100 Sehari

Dokumen Di Perlukan

  • 2 keping gambar berukuran passport pemohon
  • salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  • salinan lesen perniagaan (SSM/permit PBT/kad nelayan/geran tanah)
  • salinan penyata akaun bank (header) atau muka depan buku akaun (menunjukkan no.akaun pemohon)
  • gambar perniagaan pemohon
  • salinan bil untiliti premis dan tempat tinggal pemohon

Cara Permohonan

Permohonan untuk pembiayaan Skim i-Bermusim hijrah Selangor ini boleh di buat secara atas talian menerusi website berikut :-


http://mikrokredit.selangor.gov.my/e-hijrah/login

Maklumat Lanjut

Sekiranaya anda mempunyai sebarang kemusyiklan atau pertanyaan berkaitan sila hubungi nombor berikut ;

Tel :03-5519 1692


Website : http://www.hijrahselangor.com/


Facebook : https://www.facebook.com/hijrahselangor/


Telegram Channel: https://t.me/hijrahselangorofficial

Sertai channel telegram untuk dapatkan informasi terkini dan menarik

Leave a Reply