Sewakan Rumah PPR Sabah Penghuni Akan Diusir

Kota Kinabalu : DALAM Sidang Dun hari ini timbul perbahasan kes pemilik sewakan PPR di seluruh Sabah. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun mengesahkan terdapat penyewa yang tidak layak, yang berjaya memperoleh rumah PPR melalui cara yang meragukan.

“PPR ini untuk B40 dan yang berpendapatan rendah… Tapi, ada juga Ninja berparking disana”

“Kalau ada kawan yang minta untuk terus tinggal, tolonglah jangan kasi surat recommendation (cable YB).”

“Yang layak..layak. yang tidak… tidak lah” – Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.

Untuk menyelesaikan masalah ini, Pasukan petugas di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan akan memeriksa kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR) di negeri ini dan mengusir penyewa yang didapati tidak layak menerima bantuan perumahan itu

berkata ini bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak mendapat manfaat daripada bantuan itu. “Ini bukan tindakan popular. Dan saya harap mereka akan faham. “Niat kami bukan untuk mengganggu kehidupan mereka, tetapi untuk memastikan PPR disalurkan kepada mereka yang lebih memerlukan,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri, Selasa. Beliau menjawab soalan Adun Moyog Datuk Darell Leiking yang bertanya khabar angin mengenai kejadian seumpama itu berlaku di PPR Kibabaig, di mana banyak permohonan untuk rumah di sana ditolak.

Dalam pada itu, kes sebegini bukan baru sahaja berlaku, malah perkara ini turut pernah di isukan pada sidang Persidangan Dewan Undangan Negeri pada 2014 yang pada ketika itu Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri ialah Datuk Zakaria Edris.

Sebanyak 51 penghuni rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh Sabah telah diusir selepas didapati menyewakan rumah itu kepada pihak ketiga pada ketika itu yang mana 34 kes penyewaan dan pengusiran berlaku di Majlis Daerah Tuaran, 15 kes di Majlis Perbandaran Tawau dan dua kes di Majlis Perbandaran Sandakan.

Sumber ;

Sertai channel telegram untuk dapatkan informasi terkini dan menarik

Leave a Reply