Terkini Semakan Kemasukan Prasekolah 2023/2024 Kementerian Pelajaran Malaysia

Untuk makluman ibu bapa penjaga, semakan kemasukan prasekolah 2023 kini boleh dibuat mulai 5 Ogos 2022.

Bagi ibu bapa penjaga yang telah membuat permohonan pendaftaran kemasukan pelajar prasekolah sesi 2023 pada Mac -April 2022 yang lalu. Kementerian Pendidikan Malaysia KPM, mengumumkan anda kini boleh membuat semakan keputusan permohonan kemasukan prasekolah tahun 2023 anak/jagaan anda untuk tindakan selanjutnya.

Matlamat Prasekolah

Pendidikan Prasekolah bertujuan menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid yang berumur antara empat hingga enam tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai  persediaan masuk ke sekolah rendah.

Cara Semakan Kemasukan Prasekolah 2023

semakan kemasukan prasekolah 2022 kpm

Semak Keputusan Permohonan Melalui Dua Cara Iaitu :

  • Secara dalam talian (online)
  • Secara manual melalui sekolah dimohon
    • Semakan boleh dibuat melalui sekolah yang dimohon mulai 5 Ogos (tertakluk kepada pindaan).

Cara Pemilihan Murid Layak Mendaftar Prasekolah

Sebagai makluman, pemilihan kelayakan murid untuk ke pra sekolah adalah berdasarkan ;

  • Syarat-syarat kemasukan murid ke kelas parsekolah adalah seperti Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 2 Tahun 2012 – Hanya untuk Warganegara Malaysia sahaja dan dipilih menerusi JK Pemilihan.
  • Jawatankuasa Pemilihan murid dianggotai oleh Guru Besar, Penolong Kanan, Guru Prasekolah, Guru Tahap 1 dan 2, PPM dan seorang wakil komuniti.

Baca juga : Bantuan Budi Sabah 2022 One Off Pendaftaran Pelajar IPT

Rayuan Permohonan

  • Bagi permohonan yang tidak berjaya, ibu bapa/penjaga boleh mengemukakan rayuan melalui laman sesawanghttps://eprasekolah.moe.gov.mydalam tempoh dua minggu selepas keputusan diumumkan.
  • Bagi ibu bapa/penjaga yang mengemukakan permohonan secara manual, rayuan boleh dikemukakan sama ada di sekolah yang dimohon atau Pejabat Pendidikan Daerah(PPD)/ atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi negeri yang tiada PPD.

Semakan Status Rayuan

  • Keputusan rayuan boleh disemak melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my mulai 10 September (tertakluk kepada pindaan).
  • Bagi rayuan secara manual, semakan keputusan boleh dibuat di tempat rayuan dihantar. Ibu bapa/penjaga juga akan dimaklumkan oleh pihak sekolah yang berkenaan bagi rayuan yang berjaya.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan berkaitan Semakan Kemasukan Prasekolah 2023,   boleh berhubung terus kepada prasekolah tersebut secara manual, telefon atau sila kemukakan melalui email kepada eprasekolah@moe.gov.my

Sertai channel telegram untuk dapatkan informasi terkini dan menarik

Leave a Reply