•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Dah capai ke matlamat Wawasan 2020 kita?


Cover image via
Twitter @izyanizulkifli

Tahukah anda mengenai Wawasan 2020 yang diperkenalkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, satu ketika dahulu?

Wawasan 2020 bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara yang maju sepenuhnya menjelang tahun 2020 bukan sahaja dalam bidang ekonomi tetapi juga dalam bidang-bidang lain seperti politik, sosial, kerohanian, psikologi, perpaduan nasional dan lain-lain. 

Selain itu, Mahathir turut memperkenalkan sembilan matlamat utama Wawasan 2020 dalam kertas kerjanya dan cabaran yang menerangkan dengan lebih terperinci mengenai perkara tersebut.


Gambar sekadar hiasan.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Mungkin ramai yang tertanya-tanya asal usul nama Wawasan 2020 ini dan kenapa ia menjadi pilihan

Seorang wanita dikenali sebagai Izyani Zulkifli berkongsi di laman Twitter miliknya mengenai momennya bersama Mahathir satu ketika dahulu di mana dia bertanyakan soalan mengenai nama Wawasan 2020 itu. 

Rupa-rupanya, ada maksud ‘deep’ mengenai nama Wawasan 2020 ini.

Ikuti perkongsian penuh di bawah:

This was taken in 1991. I was a host in a kids’ TV show and for that particular week, I was assigned to interview the PM at the time. One of things I asked Tun was “Why do you call it Wawasan 2020?” I remembered his answer, though not verbatim. pic.twitter.com/p11WH41qkT

— driz (@izyanizulkifli) January 2, 2020

Dr M (as he was known before) said that he used to be an eye doctor, and in eye examinations, the perfect eyesight, or vision, is 20/20. That is what he envisioned for our country to be in the year 2020 – a country that is perfectly developed in many areas.

— driz (@izyanizulkifli) January 2, 2020

Bahasa: 

“Gambar ini diambil pada tahun 1991. Saya merupakan hos rancangan TV kanak-kanak dan pada minggu itu, saya diberi tugas untuk menemu bual Perdana Menteri ketika itu. 

“Antara soalan yang saya tanyakan kepada Tun adalah ‘kenapa ia diberi nama Wawasan 2020’. Saya masih ingat jawapannya walaupun bukan kata demi kata. 

“Tun M jelaskan bahawa dulu dia pernah jadi doktor mata. Dalam pemeriksaan mata, markah sempurna untuk penglihatan adalah 20/20.

“Itulah visi yang dilihat untuk negara ini pada tahun 2020 di mana Malaysia menjadi sebuah negara yang dibangunkan dengan sempurna dari semua bahagian,” tulisnya. 

Setelah mendengar jawapan tersebut, ia memberikan impak yang besar buat dirinya. Namun, perkara tersebut bukanlah mudah untuk dicapai.

It is now 2020. I’m no longer that little girl. After my interview with Tun, I used to picture myself being older, richer with a successful career (bless my naive young self ), with a loving husband and beautiful and healthy kids running around our huge mansion ..

— driz (@izyanizulkifli) January 2, 2020

While I’m not super rich, don’t have a high flying globe-trotting career and certainly don’t have a huge mansion .. I do have a wonderful and loving husband, and beautiful children who sometimes make me go crazy with them running around the house (be careful what you wish for!)

— driz (@izyanizulkifli) January 2, 2020

But above all, I’m content and happy. I think that’s good enough .. Alhamdulillah. Thank you Allah for granting me my wishes.

— driz (@izyanizulkifli) January 2, 2020

Bahasa:

“Sekarang sudah masuk tahun 2020, saya bukanlah lagi kanak-kanak kecil itu. Selepas temu bual saya dengan Tun, saya sering membayangkan diri saya yang sudah dewasa, kaya dan berjaya dalam karier, mempunyai seorang suami yang penyayang dan anak-anak yang berlari di sekiling rumah besar kami. 

“Walaupun saya tidak kaya, tidak mempunyai karier yang berjaya dan terutama sekali tidak mempunyai rumah besar, akan tetapi saya mempunyai suami yang penyayang dan anak-anak yang kadang kala boleh buat saya pening kepala sebab berlari di sekeliling rumah (berhati-hati dengan apa yang anda hajati)

“Apa-apapun, saya bahagia dan gembira. Ini pun sudah cukup. Alhamdulillah, terima kasih Allah SWT kerana menunaikan permintaan saya,” tulisnya. 

Dalam pada itu, dia juga turut memberikan pandangannya sama ada Malaysia sudah mencapai misi Wawasan 2020

As for our beloved country. It’s already 2020. Is our country perfect? Far from it. But I remember myself as that little girl who was full of hope when I spoke to the PM. I still have faith in my country. Hope we will achieve that dream one day, even if it’s not during my time.

— driz (@izyanizulkifli) January 2, 2020

Bahasa: 

“Berkenaan negara kesayangan kita pula, tahun ini sudah pun memasuki tahun 2020. Adakah negara kita sempurna? Jauh sekali. 

“Tapi, saya masih ingat diri saya yang ketika kecil yang mempunyai harapan yang besar ketika bercakap dengan Perdana Menteri dan saya percaya dengan negara saya. 

“Semoga kita dapat mencapai impian itu satu hari nanti walaupun saya tidak dapat melihatnya,” tulisnya. 

Dalam usaha untuk mencapai status negara maju, mentaliti rakyat perlulah berubah dahulu. Semoga, satu hari nanti, Malaysia akan mencapai visi dan misi ini.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

All copyrights for this article are reserved to Says