Permohonan rumah kos rendah Sabah di buka sepanjang masa. Warganegara Malaysia yang berkelayakan di pelawa untuk membuat permohonan.. Walaubagaimanapun keutamaan diberi kepada penduduk asal negeri Sabah untuk permohonan rumah kos rendah negeri Sabah ini
Rumah Kos Rendah Sabah
Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang permohonan rumah rendah yang boleh didapati di ibu pejabat Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB), Kota Kinabalu dan di pejabat-pejabat cawangan LPPB di Sandakan dan LPPB di Tawau.
Semua borang permohonan yang diterima akan diproses menggunakan Sistem Pendaftaran Terbuka Berkomputer yang diseragamkan di seluruh negara. Di bawah sistem ini semua permohonan akan didaftarkan dan diproses menggunakan sistem pembahagian markah.
Permohonan rumah kos rendah adalah terbuka sepanjang tahun. Namun penjualan dan pengagihan rumah kos rendah hanya akan dilakukan apabila pembangunan projek pembangunan perumahan telah mencapai 50% kadar penyiapan.
Baca juga : Cara Wangikan Rumah Secara Semulajadi Paling Berkesan
Syarat Kelayakan
- Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia;
- Keutamaan kepada penduduk asal Sabah yang menetap di kawasan projek yang dipohon;
- Berumur 18 tahun dan ke atas;
- Berstatus berkahwin, balu, janda, duda dan bujang;
- Keutamaan bagi pemohon yang mempunyai tanggungan keluarga;
- Jumlah pendapatan bersama suami/isteri atau bujang tidak melebihi RM 3,000.00 sebulan;
- Tidak memiliki rumah atau tanah untuk tapak rumah di atas nama pemohon atau suami/isteri pemohon;
- Satu permohonan bagi setiap pasangan suami/isteri;
- Projek perumahan yang dibina dalam kawasan yang diwartakan sebagai “Native Reserve” adalah hanya untuk pemohon Bumiputera Sabah sahaja.
Cara Permohonan
Permohonan rumah kos rendah sabah boleh dibuat secara manual dan juga online.
Permohonan Online
Permohonan online boleh buat menerusi sistem pendaftaran terbuka
- Sila layari Laman Sesawang Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar yang rasmi untuk mendapatkan maklumat berkaitan di alamat berikut: http://www.lppb.gov.my
- Jika anda menggunakan Komputer, klik Sistem Pendaftaran Terbuka Maklumat Lanjut atau jika anda menggunakan telefon bimbit, imbas kod QR sahaja
- Baca dan fahami syarat-syarat kelayakan untuk permohonan rumah sewa atau rumah dibeli berharga RM47,000 seunit dan ke atas. Jika anda merasa layak dan bersetuju dengan syarat-syarat tersebut, anda boleh klik Pendaftaran Atas Talian.
Permohonan Manual
Untuk permohonan secara manual boleh dapatkan borang permohonan melalui pejabat-pejabat LPPB seperti di alamat berikut ;
Borang Permohonan
- Ibu Pejabat
Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar
Tingkat 14, Wisma Perindustrian Jalan Istiadat, Likas
88400 Kota Kinabalu.
No. Telefon: 088-287777 (Ext: 412 – Kaunter Borang). - Pejabat Cawangan LPPB Sandakan
Blok A12, Lot B09, Sri Taman,
Batu 3 ½, Jalan Utara,
Peti Surat 1388,
90008 Sandakan. Sabah.
No. Telefon: 089-218719 No. Faks: 089-218719 - Pejabat Cawangan LPPB Tawau
Blok 15, Lot B7,
Flet Kondominium Taman Semarak, Tawau.
W.D.T 62 91009 Tawau.
No. Tel: 089-714169 No. Fax: 089-714169
Panduan Penghantaran Borang
- Pastikan borang permohonan diisi dengan lengkap dan jelas;
- Borang permohonan yang TIDAK LENGKAP tidak akan diproses dan AKAN DIKEMBALIKAN KEPADA PEMOHON;
- Sertakan salinan dokumen yang berkaitan yang telah disahkan benar oleh jabatan yang mengeluarkannya (e.g JPN, JHEINS dsd);
- Pemohon yang tidak mempunyai slip gaji boleh mengemukakan surat akuan bersumpah tentang sumber dan jumlah pendapatannya;
- Maklumat yang diberikan hendaklah benar. Seandainya didapati maklumat yang diberikan adalah PALSU, permohonan akan ditolak;
- Pastikan setiap borang permohonan yang dikemukakan telah diberikan resit penerimaan daripada LPPB;
- Sebarang urusan pembaharuan atau perubahan maklumat adalah PERCUMA selepas pendaftaran dibuat;
- Jika berlaku sebarang pertukaran alamat, sila maklumkan Unit Borang, Bahagian Harta, Penjualan dan Pemasaran, LPPB;
- Segala urusan surat menyurat dan merujuk status pemohonan hendaklah menggunakan NO KAD PENGENALAN pemohon;
Tempoh Sah Permohonan
Tempoh sah setiap pemohonan rumah kos rendah tidak MELEBIHI 5 TAHUN. Selepas tamat tempoh tersebut. Pemohon dikehendaki mendaftar semula/membuat pembaharuan maklumat peribadi.
Pemohon yang gagal berbuat demikian dianggap tidak berminat untuk meneruskan permohonan. Sebagai contoh, di Negeri Selangor tempoh sah pemohonan hanya 2 TAHUN SAHAJA dan di Negeri Johor tempoh sah pemohonan hanya 5 TAHUN
Maklumat Lanjut
Semakan rumah kos rendah juga boleh di buat dengan hadir ke pejabat-pejabat LPPB.
Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah dan kemusyikan berkenaan Permohonan Rumah Kos Rendah Sabah, anda boleh hubungi ;
Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB)
Tingkat 13-15, wima Perindustrian,
Jalan Istiadat,Likas
88400 Kota Kinabalu, Sabah
Malaysia
Tel: 6088-287 777
Faks: 6088-222 670
e-Mel: info@lppb.gov.my