Bola Sepak

Ronaldo vs Messi Cancel Berentap Di UCL Peringkat Kalah Mati

Undian awal untuk  Liga Pusingan 16 Pasukan Juara-juara (UCL) menyaksikan Manchester United bakal bertemu PSG menjadikan ianya perlawanan elclasico yang amat dinanti-nantikan oleh peminat bola sepak dunia pada ketika ini….

 

Ianya ibarat perlawanan “elclasico” bila dua pemain yg memiliki perseteruan terbesar di dua kelab di Sepanyol itu  akan bertemu.

 

Perlawanan-perlawanan lain yang menjadi tumpuan di pusingan kalah mati nanti selepas undian sebentar tadi menyaksikan Manchester City bakal berhadapan Villareal, Liverpool menentang RB Salzburg, dan Chelsea berhadapan dengan Lille.

Juara bertahan, Bayern Munich pula akan berhadapan Atletico Madrid manakala Real Madrid ditemukan dengan Benfica. Dua wakil Itali, Juventus diundi menentang Sporting Lisbon, manakala Inter Milan akan berhadapan dengan cabaran Ajax

Namun perkara itu bakal tidak berlangsung apabila UNDIAN untuk Pusingan 16 Liga Juara-Juara terpaksa diadakan semula selepas berlaku kesilapan teknikal sehingga menimbulkan kemarahan dalam kalangan kelab yang mara ke pusingan tersebut, kata Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) pada Isnin.

 

“UEFA mengumumkan pengundian semula Pusingan 16 Liga Juara-Juara akan dilakukan berikutan kesilapan yang berpunca dari masalah teknikal dengan perisian dari pembekal perkhidmatan luar ketika proses pengundian sebelum ini.

 

Mengikut kenyataan UEFA, dalam undian yang dilakukan, terjadi kesalahan teknkal setelah Manchester United sepatutnya diundi dua kali. Puncanya, semasa undian pertama dibuat, Man United akan bertemu dengan Villarreal yang  berada di Grup F.

 

Perkara ini sepatutnya tidak berlaku menurut UEFA, kelab dari grup yang sama tidak akan bertemu. Villarreal kemudian bertemu dengan Manchester City pada undian kedua. Sementara, Man United melawan Paris Saint-Germain.

Beberapa saat setelah hasil undian 16 besar Liga Champions dilakukan, UEFA memberikan pernyataan rasmi untuk melakukan undian ulang. UEFA mengaku ada kesalahan teknikal, dan undian ulangan akan dijalankan.

Sertai channel telegram untuk dapatkan informasi terkini dan menarik
Share
OhKunak

Berkongsi bacaan santai tetapi penuh dengan fakta menarik,teknologi isu semasa dan terkini. Terima kasih kerana sudi membaca artikel kami. Tanpa pembaca siapalah kami

Recent Posts