Bola Sepak

Piala Suzuki AFF 2020 Dua Pemain Harimau Malaya Disahkan Positif Covid-19

Dua pemain utama skuad Harimau Malaya untuk piala Suzuki AFF 2020 disahkan positif covid-19 selepas keputusan ujian PCR di lalukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Jumaat lalu di perolehi.

Perkara ini turut disahkan oleh Mohd Saifuddin Abu Bakar setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di facebook page rasmi FAM. Dua pemain berkenaan ialah Khairulazhan Khalid dan Faisal Hakim.

Mereka kini telah diarahkan untuk menjalani kuarantin kendiri selama 10 hari oleh pihak berkuasa Singapura.

Tahap kesihatan dua pemain ini juga akan dipantau setiap hari memandangkan mereka tidak bergejala.

Kedua-dua orang pemain harimau Malaya ini hanya akan dapat menyertai skuad harimau Malaya untuk baki perlawanan seterusnya sekiranya ujian selanjutnya bertukar kepada negative Covid-19

Dalam pada itu, skuad kendalian Tan Cheng Hoe akan tetap meneruskan saingan perlawan pertama Kumpulan B berjumpa dengan Kemboja. di Stadium Bishan petang ini dengan baki pemain yang melepasi ujian saringan Covid-19

Ikuti kami di Telegram untuk Mendapatkan informasi terkini dan menarik : klik 👉 https://t.me/ohkunak

Sertai channel telegram untuk dapatkan informasi terkini dan menarik
Share
OhKunak

Berkongsi bacaan santai tetapi penuh dengan fakta menarik,teknologi isu semasa dan terkini. Terima kasih kerana sudi membaca artikel kami. Tanpa pembaca siapalah kami

Recent Posts