Bola Sepak

Piala Aff Suzuki 2020 : Harimau Malaya Menang Atau Pulang

Melihat kepada situasi kedudukan mata Kumpulan B pada ketika ini, Harimau Malaya perlu menang atau pulang selepas ini. Ini gambaran jelas kepada skuad kendalian Tan cheng Hoe untuk wajib menang, selepas  kejayaan Indonesia mengikat juara bertahan, Vietnam tanpa jaringan.

Kem Harimau Malaya tiada pilihan selain perlu menewaskan Indonesia pada perlawanan terakhir kumpulan untuk meneruskan kemaraan ke peringkat separuh akhir Piala AFF Suzuki 2020.

Berbanding Indonesia, pada ketika ini hanya perlu keputusan seri menentang Malaysia dalam aksi akhir kumpulan B untuk mara ke pusingan seterusnya. Bagi Malaysia pula, perlu mengutip 3 mata penuh untuk mengesahkan tiket ke pusingan seterusnya.

Walaupun begitu, kem kendalian Tan Cheng Hoe pada ketika ini boleh menarik sedikit nafas lega selepas beberapa situasi yang mendesak apabila kem Malaysia hampir mempunyai masalah kekurangan pemain selepas beberapa pemain terpaksa dikuarantin disebabkan keputusan ujian positif Covid-19

Khairulazhan, Faisal & Quentin, ketiga-tiga pemain tersebut telah mendapat surat pelepasan daripada Kementerian Kesihatan Singapura, semalam selepas Khairulazhan dan Faisal selesai menjalani tempoh 10 hari Perintah Pengasingan (Isolation Order) manakala Quentin pula diberi pelepasan awal selepas tempoh tujuh hari Perintah Pengasingan berdasarkan keputusan ujian PCR yang dijalankan.

Dikhabarkan juga, pemain sayap Akhyar Rashid dijangka kembali menyertai pasukan pada Jumaat ini untuk melengkapkan senarai 22 pemain menentang Indonesia.

Ketibaan Dian Cools juga sedikit sebanyak meredahkan kegusaran ketua jurulatih Harimau Malaya itu selepas dua bek utama Shahrul Saad dan kapten, Aidil Zafuan Abdul Razak disahkan tidak sempat pulih untuk aksi berdepan Indonesia pada Ahad ini.

“Saya telah bertemu Cools dan dia kelihatan pada tahap terbaik, kami berharap dia akan memberikan keseimbangan dalam pasukan.

“Mengenai Akhyar, dia akan menamatkan kuarantin esok dan diharap akan kembali menjalani latihan bersama pasukan.”

 

Dian Cools akan bergandingan dengan Dominic Tan untuk mengantikan posisi Shahrul Saad dan Aidil Zafuan.

 

“Ia merupakan misi wajib menang bagi kami. Kami perlu menghadapi perlawanan ini dengan tumpuan yang terbaik. Ia merupakan satu cabaran dalam bola sepak, jika mahu melangkah jauh, fikiran perlu sentiasa positif,” kata Cheng Hoe.

Malaysia ketika ini berada di tangga ketiga dengan punggutan 6 mata, di belakang Vietnam 7 dan Indonesia yang berkongi 7 mata ketika ini.

Malaysia dijangka akan bertemu Indonesia pada Ahad ini 19 Disember 2021 pada jam 08:30 malam waktu tempatan di Stadium National, Singapura.

 

Source : Stadium Astro

Sertai channel telegram untuk dapatkan informasi terkini dan menarik
Share
OhKunak

Berkongsi bacaan santai tetapi penuh dengan fakta menarik,teknologi isu semasa dan terkini. Terima kasih kerana sudi membaca artikel kami. Tanpa pembaca siapalah kami

Recent Posts