Bola Sepak

Piala AFF 2020 : Harimau Malaya Mungkin Terpaksa Tarik Diri Jika Keadaan Semakin Buruk

Sebelum pun aksi kedua Piala AFF 2020 bermula antara Harimau Malaya menentang Laos, kem negara sekali lagi dikejutkan dengan situasi Quentin Cheng dan Akhyar Rasid yang positif Covid-19

 

Baca juga : Dua Pemain Harimau Malaya Positif COVID-19

 

Sehingga kini 4 orang pemain Harimau Malaya akan terlepas aksi perlawanan setersunya. Keadaan ini juga semakin sukar dan berisiko besar dalam penularan COVID-19. Tan Cheng Ho dan pasukan kendalianya dilihat semakain sukar dalam percaturan untuk aksi perlawanan seterusnya.

 

Dimana baki kempen Kumpulan B, pasukan negara bakal bertemu dua pasukan negara yang menjadi cabaran besar untuk pasukan negara iaitu Vietnam (Ahad ini) dan Indonesia (Jumaat depan)

 

 

Mahu tidak mahu, Cheng Hoe berharap rayuan dilakukan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum keadaan menjadi lebih parah yang boleh mengundang skuad negara terpaksa menarik diri daripada saingan serantau itu.

 

“Memang kami ada memohon untuk membuat pertukaran pemain tetapi ia juga membabitkan polisi Kerajaan (Malaysia).

“(Jadi) semua pemain tidak kira mana-mana posisi kena bersedia. Kami yakin semua pemain mempunyai motivasi tinggi untuk mengisi kekosongan bagi mengharungi situasi yang cukup mencabar ini,” katanya di Nadi Arena sebentar tadi.

 

Kemenangan mudah buat pasukan negara untuk dua perlawanan sebelum ini menentang Kemboja dan Laos meletakkan Malaysia sebagai pendahulu Kumpulan B dengan diikuti oleh pasukan negara Vietnam dan Indonesia.

 

Dua perlawanan selepas ini akan menentukan kekuatan dan keupayaan sebenar pasukan negara yang akan berjumpa dengan Vietnam dan Indonesia.

 

Pada masa ini, Syahmi Safari terpaksa mengalas tanggungjawab sebagai pertahanan kiri. Beliau mengakui agak masih kekok bermain di posisi pertahan kiri kerana sudah terbia beraksi di sebelah kanan.

 

Agak kekok, namun dia perlu segera mendapat rentak demi keperluan skuad negara selain percaturan Cheng Hoe dengan kudrat yang terhad.

 

Kita mendoakan agar skuad negara akan terus bersemangat, kesihatan dan keselamatan semua dalam keadaan baik.

 

Source : Stadium Astro

Sertai channel telegram untuk dapatkan informasi terkini dan menarik
Share
OhKunak

Berkongsi bacaan santai tetapi penuh dengan fakta menarik,teknologi isu semasa dan terkini. Terima kasih kerana sudi membaca artikel kami. Tanpa pembaca siapalah kami

Recent Posts