Natizen Cemas Pesawat MH360 Ulangi Tragedi MH370 4 Tahun Lalu

Tragedi pesawat MAS MH370 4 tahun lalu mulai menghantui segelintir netizen apabila sebuah pesawat MH360 yang berlepas ke Beijing terpaksa patah balik ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) selepas berlegar di ruang udara Selat Melaka

Semakan menerusi web flightradar24.com 8 malam tadi mendapati pesawat jenis Airbus A330-323 itu mula berpatah balik pada sekitar jam 6.21 petang Sabtu.

Pesawat tersebut berlegar di ruang udara Selat Melaka sebelum kembali semula ke KLIA.

Bahagian Khidmat Pelanggan MAB ketika dihubungi mengesahkan perkara itu namun tidak pasti punca ia patah balik ke KLIA.

Terkini, menurut laporan Harian Metro, punca pesawat MH360 patah balik adalah disebabkan oleh masalah gear.

Malaysia Airlines Berhad (MAS) berkata, juruterbang MH360 mengambil keputusan tidak meneruskan penerbangan ke Beijing dan berpatah balik ke KLIA demi kepentingan keselamatan penumpang.

Katanya, MH360 berlepas dari KLIA 6 petang, semalam dan sepatutnya dijadualkan tiba di Beijing 12.20 tengah malam tadi.

“Namun, disebabkan masalah teknikal membabitkan gear pendaratan, juruterbang MH360 mengambil keputusan berpatah balik dan tidak meneruskan penerbangan ke Beijing seperti dijadualkan.

“Pesawat itu selamat mendarat semula di KLIA, 9.03 malam tadi selepas tiga jam berlepas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, punca masalah gear pendaratan pesawat terbabit kini sedang dikenal pasti dan diperbetulkan oleh jurutera penerbangan.

P/s : OhKunak mendoakan agar tiada peristiwa buruk berlaku dan semua penumpang selamat sampai ke destinasi

Sertai channel telegram untuk dapatkan informasi terkini dan menarik

Leave a Reply