Permohonan BKPKK Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti RM1800/Semester

Permohonan BKPKK Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti. Ianya bertujuan bagi membantu meringankan sedikit beban kewangan pelajar Kolej Komuniti yang kurang berkemampuan.

Kriteria kelayakan permohonan bkpkk ini ialah Pelajar Kolej Komuniti yang mempunyai ibu bapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah.

Mengenai Kolej Komuniti

permohonan bkpkk_1

Kolej Komuniti adalah sebuah daripada institusi pendidikan awam yang terletak dibawah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia. Diluluskan penubuhannya dalam mesyuarat kabinet pada 5 Julai 2000 dan digabungkan dengan Jabatan Pengajian Politeknik sebagai Sektor Pengajian Kolej Komuniti. Pada 15 September 2009, Sektor Pengajian Kolej Komuniti telah dipisahkan dari Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti dan menjadi Jabatan Pengajian Kolej Komuniti.

Di awal penubuhannya Kolej Komuniti telah menawarkan sebanyak 23 kursus kemahiran di 42 kampus induk dan 21 kampus cawangan diseluruh Negara. Sejak penubuhannya, Kolej Komuniti telah mengeluarkan seramai 25,767 pelajar sepenuh masa dan 361,349 pelajar separuh masa dari pelbagai bidang kemahiran.

Kadar Bantuan BKPKK 2022

  • Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti hanya untuk dua (2) semester sahaja. 
  • Tempoh satu semester bagi Kolej Komuniti ialah selama enam (6) bulan dan
  • Pelajar layak untuk mendapat RM300/sebulan atau RM1, 800.00 sepanjang satu semester.

Syarat Permohonan BKPKK

Berikut syarat-syarat permohonan ;

  • Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
  • Bantuan ini diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 5 semester (peringkat sijil);
  • Pelajar yang layak diberikan bantuan kewangan, adalah pelajar yang mempunyai ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah
  • Menandatangani 2 (dua) salinan perjanjian (tanpa penjamin)
  • Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga;
  • Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program.

Borang BKPKK & Cara Permohonan

Pelajar baru atau pelajar sedia ada Kolej Komuniti yang berkelayakan boleh mengemukakan permohonan melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing

Semakan BKPKK

Bagi pelajar yang telah membuat permohonan, untuk semakan bantuan kolej komuniti boleh dibuat melalui pautan https://app.mypolycc.edu.my/bkpkk/borang/semak/semak01.php

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai permohonan BKPKK 2022 Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti, sila rujuk unit biasiswa kolej komuniti anda,atau layari https://biasiswa.mohe.gov.my/biasiswa/docs/popup_doc/bkpkk.php atau anda juga boleh hubungi:

Unit Biasiswa
Bahagian Biasiswa
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 2, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
62200 Putrajaya


Talian Utama : 03 – 8888 1616 (samb.)
Faks : 03 – 8870 6839

Soalan Lazim F.A.Q BKPKK

Apakah Syarat-Syarat Dan Kriteria Untuk Melayakkan Pelajar Mendapat Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti?

  • Pemohon hendaklah warganegara Malaysia;
  • Bantuan ini diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 5 semester (peringkat sijil);
  • Pelajar yang layak diberikan bantuan kewangan, adalah pelajar yang mempunyai ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah
  • Menandatangani 2 (dua) salinan perjanjian (tanpa penjamin)
  • Mengisi Borang Penyata Pendapatan Bulanan Keluarga;
  • Pelajar tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program

Berapakah Jumlah Bantuan Kewangan Yang Akan Pelajar Terima Sepanjang Tempoh Pengajian?

Pelajar akan menerima Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti hanya untuk dua (2) semester sahaja.  Tempoh satu semester bagi Kolej Komuniti ialah selama enam (6) bulan dan pelajar layak untuk mendapat RM300/sebulan atau RM1, 800.00 sepanjang satu semester

Adakah Pelajar Boleh Menerima Tajaan/ Biasiswa Daripada Agensi Lain Sekiranya Pelajar Menerima Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti Di Bawah Kementerian Pendidikan Malaysia?

Pelajar tidak boleh menerima tajaan/biasiswa lain sekiranya telah menerima Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti di bawah KPM. 

Siapakah Yang Layak Untuk Menerima Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti Ini?

Pelajar Kolej Komuniti yang mempunyai ibu bapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan ibubapa sebanyak RM3, 000.00 dan ke bawah tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah

Adakah Bantuan Kewangan Ini Mengambil Kira Cgpa Pelajar? Sekiranya Ada, Berapakah Cgpa Minimum Yang Perlu Dicapai Oleh Pelajar?

Ya, pelajar yang layak untuk menerima bantuan kewangan ini sepanjang setahun/dua semester pengajian perlu mendapat CGPA minimum 2.0 untuk melayakkan diri untuk menerima bantuan kewangan pada semester kedua.

Sekiranya pelajar tidak mencapai CGPA minima 2.0 pada semester pertama, maka pembiayaan bantuan kewangan akan diberhentikan serta merta kepada pelajar. 

Sertai channel telegram untuk dapatkan informasi terkini dan menarik

Leave a Reply