Teknologi

Perkhidmatan 5G Di Putrajaya, Cyberjaya, Kuala Lumpur Bermula 15 Disember 2021

Bermula 15 Disember 2021,Digital Nasional Berhad (DNB) mengumukan perkhidmatan rangkaian 5G akan ditawarkan secara komersil untuk semua.

Liputan rangkaian 5G akan diperkenalkan secara berperingkat, dan bermula 15 Disember ini ia akan meliputi Putrajaya, Cyberjaya dan sebahagian Kuala Lumpur.

Perkhidmatan ini seterusnya akan diperluaskan meliputi 80% kawasan berpenduduk menjelang penghujung 2024 kelak. Dengan penawaran 5G, pengguna dijangka menikmati kelajuan minima 100Mbps melaluinya.

Buat masa ini, syarikat telekomunikasi yang akan menyertai penawaran ini masih belum diumumkan. Sehingga kini, hanya TM menyatakan akan membolehkan pelanggan pascabayar Unifi Mobile boleh menikmati rangkaian 5G pada peranti yang menyokongnya apabila ujian rintis dimulakan.

Perkhidmatan 5G membuka inovasi baharu dan menarik, dengan penyambungan yang jauh lebih baik dan kelajuan yang mampu menyokong kes penggunaan sekitar penstriman dan muat turun kandungan video berkualiti 8K, permainan berasaskan awan, serta kandungan AR/VR,” kata kenyataan tersebut.

 

Kepada mereka yang berada di Putrajaya, Cyberjaya dan sebahagian Kuala Lumpur selamat ber 5G.

 

Source : Amanz

Sertai channel telegram untuk dapatkan informasi terkini dan menarik
Share
OhKunak

Berkongsi bacaan santai tetapi penuh dengan fakta menarik,teknologi isu semasa dan terkini. Terima kasih kerana sudi membaca artikel kami. Tanpa pembaca siapalah kami

Recent Posts