PENJANA Bantu Rangka Ekonomi Negara Dan Bantu Kehidupan Rakyat

Baru-baru ini, pihak kerajaan telah memperkenalkan Pelan Jana Ekonomi Negara (PENJANA). Pelan ini diperkenalkan sebagai salah satu cara untuk menangani kemerosotan ekonomi negara disebabkan oleh wabak Covid-19. Bukan negara Malaysia sahaja, seluruh negara juga turut mengalami kemerosotan ekonomi ekoran daripada kesan wabak Covid-19 yang mengengkang semua aktiviti harian.

Setelah PKPB dijalankan, secara perlahan-lahan kebanyakan sektor kerajaan mahupun swasta telah berjalan seperti biasa. Bagi menjana kelangsungan ekonomi negara, pakej PRIHATIN dan PRIHATIN PKS Tambahan telah diperkenalkan dan mempunyai peruntukan bernilai RM 260 bilion.

Bersesuaian dengan tema pelan PENJANA, iaitu “Bersama Menjana Ekonomi” program ini telah berjaya menyelamatkan lebih 2.4 juta pekerjaan, mengurangkan beban aliran tunai hampir 11 juta rakyat dan memberi sokongan kepada lebih 300 ribu syarikat.

Tiga teras utama pelan ini ialah:

  • Memperkasakan Rakyat (Empower People)
  • Melonjakkan Perniagaan (Propel Businesses)
  • Merangsang Ekonomi ( Stimulate the Economy)

Sebanyak 40 inisiatif bernilai RM 35 bilion dilaksanakan bagi menjayakan pelan PENJANA ini dan RM 10 bilion merupakan peruntukan khas yang disediakan oleh pihak kerajaan.

Bagi menangani masalah pengangguran, hampir RM 9 bilion diperuntukan kepada 3 juta tenaga pekerja untuk memastikan pengekalan pekerjaan. Program Subsidi Upah yang diperkenalkan dalam pakej PRIHATIN dan PRIHATIN PKS Tambahan yang telah dijalankan selama 3 bulan telah berjaya menyelamatkan 2,2 juta pekerjaan. oleh itu, program Subsidi Upah akan dilanjutkan untuk 3 bulan lagi bagi membantu syarikat sepanjang tempoh pemulihan semula ekonomi. Sebanyak RM 600 sebulan akan diberikan kepada setiap pekerja maksima bagi 200 pekerja untuk setiap syarikat.

Program Insentif Pengambilan Pekerja juga diperkenalkan. Setiap syarikat diberikan insentif kewangan untuk memberi pekerjaan kepada para golongan penganggur dan belia. Pihak kerajaan mengganggarkan seramai 300 ribu pencari kerja akan mendapat manfaatnya. Antara manfaat tersebut ialah

  • Penganggur berumur 40 tahun ke bawah mendapat sebanyak RM 800 sebulan.
  • Penganggur berumur 40 ke atas dan golongan OKU mendapat sebanyak RM 1000 sebulan.

Inisiatif ini akan diberikan selama 6 bulan bagi membantu golongan penganggur dan belia.

Para penganggur boleh menuntut elaun bagi tujuan latihan kemahiran daripada PERKESO sebanyak RM 4000 walaupun tidak berdaftar di bawah Skim Insurans Pekerjaan.

Bagi menjamin ekonomi gig dan kebajikan pekerja, pihak kerajaan telah menyediakan beberapa peruntukan iaitu

  • Geran bernilai RM 50 juta dalam bentuk dana padanan bagi platform ekonomi gig mencarum di bawah skim Bencana Pekerjaan PERKESO dan Skim i-Saraan KWSP.
  • RM 25 juta disediakan untuk MDEC menjalankan program Global Online Workforce (GLOW) bagi tujuan menjana pendapatan dalam talian melalui pelanggan antarabangsa.

Konsep bekerja dari rumah ataupun work from home yang telah diperkenalkan akan mendapat insentif percukaian dan perlindungan insuran. Oleh itu, sedikit sebanyak beban perbelanjaan para pekerja dapat diringankan.

Bagi mambantu kelancaran kehidupan rakyat, pihak kerajaan juga telah memperkenalkan program MY30. Program ini bagi menjimatkan pembayaran kos pengangkutan awam. Orang awam hanya perlu membayar RM 30 sebulan dan boleh menaiki pengangkutan awam tanpa had bagi pengangkutan di bawah seliaan prasarana di area Lembah Klang. Program ini akan berkuatkuasa pada 15 Jun 2020 hingga hujung tahun 2020.

Jabatan Kebajikan turut memberikan bantuan secara one-off kepada golongan OKU dan ibu tunggal. Bantuan akan diberikan sebelum hari raya Aidiladha. Bantuan kewangan yang diberikan adalah sebanyak RM 300.

Pihak kerajaan memberikan peruntukan geran berjumlah RM 140 juta untuk para perusahaan mikro dan PKS yang ingin beralih menggunakan khidmat digital iaitu atas talian. Peruntukan tersebut bertujuan untuk membiayai sesi latihan, subsidi penjual dan bantuan penjualan. Peruntukan ini akan diterajui oleh MDEC bersama platform e-Dagang yang terpilih.

Kempen“Shop Malaysia Online” diperkenalkan untuk menggalakkan orang awam berbelanja secara atas talian. Bagi mendorong orang awam berbelanja atas talian, kod promosi dan pelbagai baucer diskaun akan diberikan melalui platform e-Dagang. Sebanyak RM 70 juta telah diperuntukan bagi menjayakan platform e-Dagang.

PKS dan syarikat peringkat pertengahan ataupun mid-tier companies diberikan geran dan pinjaman sebanyak 700 juta oleh pihak kerajaan agar membolehkan syarikat-syarikat melanggan perkhidmatan digitalisasi. Pinjaman tersebut terdiri daripada

  • RM 100 juta geran padanan digital PKS disediakan dengan kerjasama syarikat telekomunisasi.
  • RM 500 juta di bawah dana Transformasi Teknologi PKS sebagai pinjaman mudah
  • RM 100 juta geran Automasi Pintar bagi syarikat yang layak menerima geran sehingga RM 1 juta.

Sistem perbankan turut memberikan dana tambahan sebanyak RM 2 bilion kepada setiap PKS melalui skim pembiayaan PKS PENJANA. Permohonan dana tambahan ini boleh dibuat mulai pertengahaan Jun 2020. Dana tambahan ini terhad sehingga 500 ribu untuk setiap PKS.

Bagi usahawan yang terlibat dalam perusahaan mikro akan mendapat bantuan melalui pembiayaan mikro PENJANA dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional (BSN) dan TEKUN Nasional. Bantuan yang diperuntukan ialah sebanyak RM 400 juta dan sebanyak RM 50 juta akan dikhususkan kepada usahawan wanita.

Langkah drastik yang telah diperkenalkan oleh kerajaan dengan kerjasama pihak swasta ini akan dapat membantu untuk pemulihan semula ekonomi negara. Dalam masa yang sama, rakyat turut mendapat banyak manfaat serta dapat membantu kelancaran hidup rakyat.

Sertai channel telegram untuk dapatkan informasi terkini dan menarik

Leave a Reply