Pengumuman Puasa 2019

pengumuman puasa 2019

KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada Isnin, 6 Mei 2019.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad ketika mengumumkannya berkata tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari tersebut bagi menurut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman ringkas itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebentar tadi.

Sebelum ini, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui satu kenyataan menetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia ialah pada hari ini, 5 Mei, Ahad bersamaan 29 Syaaban 1440 Hijrah.

Jawatankuasa berkenaan melihat anak bulan Ramadan di 29 lokasi di seluruh negara.

Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab

Dikesempatan ini juga seluruh warga kerja OhKunak mengucapkan salam Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama islam.

About OhKunak 11 Articles
Suka berkongsi ilmu yang bermanfaat

Be the first to comment

Leave a Reply