Berikut syarat dan cara permohonan pengeluaran khas KWSP RM10k.
Permohonan untuk pengeluaran khas RM10,000 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan dibuka kepada ahli di bawah umur 55 tahun akan bermula 1 April ini dan berakhir pada hujung bulan depan
KWSP dalam satu kenyataan berkata, tempoh pembayaran akan dilaksanakan bermula 20 April 2022.
“Ahli dibenarkan untuk mengeluarkan jumlah maksimum sebanyak RM10,000 dan minimum RM50, selain perlu mengeluarkan baki simpanan dalam Akaun 2 mereka dahulu sebelum mengakses simpanan dalam Akaun 1.
“Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan kelak,” katanya.
Kerajaan hari ini membenarkan pengeluaran khas caruman KWSP sebanyak RM10,000 bagi meringankan beban Keluarga Malaysia yang masih terkesan susulan pandemik COVID-19.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata walaupun keputusan itu sukar dibuat kerana membabitkan simpanan hari tua rakyat, namun pengeluaran khas itu adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.
“Berdasarkan dapatan kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik ini, ada dalam kalangan Keluarga Malaysia yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan. “Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP,” katanya pada sidang media khas, di sini hari
Pengeluaran Khas KWSP RM10k

Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara dua tahun lalu.
Berdasarkan dapatan kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik ini, ada dalam kalangan Keluarga Malaysia yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan.
Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.
Justeru itu, pada hari ini Kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10K
Penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas KWSP ini akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP.
Ini merupakan keputusan yang sukar kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.
Walaupun Kerajaan memberikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun saya merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.
Saya berharap para pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan.
Syarat Pengeluaran Khas KWSP RM10K


- TERBUKA KEPADA ahli berumur 55 tahun ke bawah
- Tarikh permohonan bermula 1 april – 30 april 2022
- Pembayaran akan di buat bermula pada 20 april 2022
- Amaun minimum pengeluaran rm50 sehingga rm10000 maksimum
- Tertakluk kepadabaki simpanan akaun 2.jika tidak mencukupi akaun 1 akan di akses
Cara Permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM10K
Permohonan boleh dibuat secara online menerusi pautan https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/
Hal itu dimaklumkan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.
Susulan kepada pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob, mengenai pengeluaran khas simpanan persaraan KWSP sehingga RM10,000 pada hari ini, saya ingin memaklumkan bahawa butir-butir mengenai pengeluaran tersebut akan diperincikan oleh KWSP dalam masa terdekat,” kata Tengku Zafrul dalam hantaran di Facebook.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan berkaitan syarat dan cara permohonan pengeluaran KWSP RM10K anda boleh hubungi ;
- Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
- Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
- Hotline Pengeluaran Khas di 03-8922 4848