Berita

PDRM Kutip 13 Juta Dalam Tempoh 24 Kutipan Bayaran Saman Sempena Diskaun 100 Hari AKM

Sempena tawaran diskaun saman PDRM dan saman JPJ 100 hari aspirasi keluarga Malaysia, Polis Di Raja Malaysia berjaya merekodkan kutipan kompaun berjumlah RM13.67 juta daripada 287,500 saman yang dijelaskan oleh orang ramai

 

Menerusi timbalan ketua polis negara Datuk Seri Mazlan Lazim menyatakan , kaunter diskaun yang di buka di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) merekodkan kutipan RM431,330 daripada 8,943 saman. Manakala menerusi portal Mybayar pula, telah mencatatkan rm3.4 juta daripada 74,312 saman yang berjaya dikutip

 

“Kami terpaksa menutup kaunter PDRM di klcc pada 4:30 petang tadi dan orang ramai tidak perlu risau kerana boleh terus membayar saman di ibu pejabat polis daerah dan ibu pejabat polis kontinjen yang mempunyai kaunter trafik serta melalui portal Mybayar yang dibuka 24 jam”, katanya kepada pemberita selepas meninjau kaunter PDRM yang dibuka sempena program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di KLCC hari ini

 

PDRM menawarkan diskaun kompaun saman trafik sebanyak 80 peratus bermula 9 hingga 12 Disember. Tawaran pengurangan bayaran saman itu tidak melibatkan saman dalam sebutan mahkamah, kesalahan-kesalahan utama dilaukan, kesalahan kenderaan berat serta pengubahsuaian ekzos

Sources : Bernama

Sertai channel telegram untuk dapatkan informasi terkini dan menarik
Share
OhKunak

Berkongsi bacaan santai tetapi penuh dengan fakta menarik,teknologi isu semasa dan terkini. Terima kasih kerana sudi membaca artikel kami. Tanpa pembaca siapalah kami

Recent Posts