Dapatkan diskaun 25% Pakej Keluarga Malaysia KTMB, tiket KTM Intercity dan ETS seluruh negara mulai 14 Feb 2022. Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memperkenalkan diskaun Pakej Keluarga Malaysia menerusi Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan KTM Intercity kepada warganegara Malaysia, bermula semalam hingga 31 Disember.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Rani Hisham Samsudin, berkata pakej itu menawarkan diskaun 25 peratus bagi pembelian minimum empat tiket dalam satu transaksi (dewasa dan kanak-kanak), untuk semua perkhidmatan ETS, Ekspres Rakyat Timuran dan Ekspres Selatan menggunakan kod promo KMKTMB2
Sebagai menyahut seruan kerajaan bagi membantu memulihkan ekonomi negara, KTMB akan terus optimis dalam memastikan perkhidmatan tren kekal menjadi pilihan utama melalui promosi dirangka khas untuk Keluarga Malaysia,
Pakej Keluarga Malaysia KTMB

Menerusi agensi di bawah MOT, KTMB telah memperkenalkan Pakej Keluarga Malaysia yang memberikan diskaun tambang perjalanan berkumpulan sebanyak 25% melalui perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Intercity kepada semua warganegara Malaysia bermula pada 14 Februari 2022 hingga 31 Disember 2022.
Pakej ini, mensasarkan peningkatan jualan tiket terutama ketika musim cuti sekolah pada Mac ini, Ramadhan dan sambutan Aidilfitri pada Mei.
Tarikh Perjalanan
Diskaun 25% Pakej Keluarga Malaysia KTMB ini sah digunakan untuk perjalanan bermula 14 Feb – 31 Disember 2022
Terma dan syarat

- Diskaun ini untuk perjalanan SEHALA atau DUA HALA bagi tarikh perjalanan bermula dari 14 Februari 2022 sehingga 31 Disember 2022.
- Diskaun ini layak bagi SEMUA KELAS PERKHIDMATAN ETS, EKSPRES RAKYAT TIMURAN dan EKSPRES SELATAN dengan menggunakan kod promo KMKTMB22
- Diskaun ini layak bagi pembelian tiket untuk empat (4) orang dan ke atas sama ada dewasa atau kanak-kanak dalam satu transaksi.
- Diskaun ini boleh digunakan bagi perjalanan pada hari Isnin sehingga Ahad.Diskaun ini boleh digunakan bagi pembelian tiket di laman sesawang rasmi KT MB, aplikasi KTMB Mobile, kaunter tiket dan TVM.
- Diskaun ini hanya SAH digunakan oleh WARGANEGARA Malaysia sahaja.
- Diskaun ini boleh digunakan berulang kali bagi setiap PNR / Mykad (tertakluk kepada tarikh dan tempoh pembelian).
- Diskaun ini TIDAK LAYAK bagi SEMUA TIKET KONSESI (warga emas, kad peıajar, OKU, Pesara dan lain-lain.
- Diskaun ini TIDAK LAYAK bagi tren-tren perkhidmatan Shuttle Timuran, Shuttle Tebrau, KTM Komuter Tengah 6 KTM Komuter Utara.
- Pembatalan tiket bagi pembelian menggunakan diskaun ini adalah mengikut terma dan syarat pemulangan tambang yang sedia ada.
Cara Mendapatkan Diskaun 25%
Untuk dapatkan tawaran diskaun 25% melalui pakej ini, anda boleh buat pembelian menggunakan kod promo KMKTMB2 .
Pengguna boleh membuat pembelian tiket melalui salah satu kaedah berikut :
Untuk pembelian tiket secara online, sila pilih tarikh, masa dan masukkan kod promo untuk dapatkan diskaun.
Hubungi
Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau permasalahan berkaitan Diskaun Pakej Keluarga Malaysia KTMB, anda boleh hubungi;
Legal and Secretarial Services Unit,
2nd Floor, KTMB Corporate Headquarters,
Jalan Sultan Hishamuddin,
50621Wilayah Persekutuan,
Kuala Lumpur.
Call Center: +603 – 2267 1200
Masa operasi: 7:00 pagi – 10:00 malam
Email: callcenter@ktmb.com.my
Website : https://www.ktmb.com.my/