Pakej Cuti Penjawat Awam 2022 Sah Sehingga 30 Jun 2022 Jom Cuti

Gunakan Pakej Cuti Penjawat Awam 2022 dan Pesara Kerajaan diskaun sehingga 30% sah sehingga 30 Jun 2022.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Seri Nancy Shukri,melalui agensinya Tourism Malaysia telah melancarkan Pakej Cuti Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan membabitkan produk pelancongan di seluruh negara dalam usaha meningkatkan pelancongan domestik.

Sebanyak 457 pakej dibangunkan membabitkan produk pelancongan dari seluruh Malaysia dengan tawaran harga pakej serendah RM120 seorang.

Program ini juga mendapat kerjasama Kesatuan Pekerja-Pekerja Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM) dan CUEPACS.

Apa Itu Pakej Cuti Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan

Pakej ini merupakan insiafit pihak kerajaan untuk merancakan semula sektor pelancongan, selain sabagai satu usaha untuk memulihkan semula ekonomi negara yang terkesan disebabkan pandemik COVID-19.

Program ini menyasarkan seramai mungkin penjawat awam dan pesara kerajaan untuk melancong di dalam negara termasuk 1.2 juta ahli CUEPACS dan 700,000 pesara kerajaan.

Pakej kali ini juga merupakan kesinambungan kepada Pakej Istimewa Penjawat Awam yang dilancarkan pada 3 September 2020 dengan memfokuskan kepada produk di sekitar Lembah Klang sebelum diperluaskan ke Sabah.

Tempoh Sah

Pakej Cuti Penjawat Awam 2022 dan pesara kerajaan ini sah sehingga 30 Jun 2022

Lokasi Pelancongan

Antara lokasi pelancongan yang ditawarkan menerusi pakej ini adalah seperti berikut:

  • Putrajaya
  • I-City Shah Alam
  • Genting Highland
  • Sky Bridge KLCC
  • Sky Mirror Kuala Selangor
  • Taman Negara Endau Rompin
  • Taman Negara Mulu
  • Royal Belum
  • Kilim Geoforest Park
  • Danum Valley
  • Wakaf Che Yeh
  • Taman Tamadun Islam.
  •  

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan ialah pemohon tersebut mestilah penjawat awam dan pesara kerajaan yang telah berkhidmat di dalam kerajaan.

Cara Mendapatkan Pakej

Penjawat awam dan pesara kerajaan yang ingin mendapatkan pakej pelancongan ini boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://deals.malaysia.travel/deals.
  2. Klik butang #pakejcutipenjawatawam.
  3. Klik pakej pelancongan yang dipilih.
  4. Berhubung terus melalui panggilan telefon agensi pelancongan yang menawarkan tawaran tersebut.
  5. Nyatakan untuk mendapatkan Pakej Cuti Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan.
  6. Berikan maklumat peribadi untuk mendapatkan pakej pelancongan terbabit.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai Pakej Cuti Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan,

sila layari laman web https://deals.malaysia.travel/deals.

Kementerian Pelancongan, Kesenian & Kebudayaan

9th Floor, No. 2, Tower 1,
Jalan P5/6, Presint 5,
62200, Putrajaya, Malaysia

 +603-8891 8000

 enquiries@tourism.gov.my

Sertai channel telegram untuk dapatkan informasi terkini dan menarik

Leave a Reply