Disini kami kongsikan niat puasa ramadhan rumi dan arab sebagai rujukan umat islam yang bakal menyambut ramadhan. Baru sahaja kita merasakan masuk tahun baru bagi tahun 2022 tapi tanpa kita sedari, pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan Ramadhan dah…
Cepat saja masa berlalu kan…harap-harap tahun ini kita boleh menyambut bulan Ramadhan dengan lancar dan jayanya.
Bila tibanya bulan Ramadhan, perkara-perkara yang kita hendak lakukan adalah aktiviti ibadah. Terutama sekali solat terawih berjemaah di masjid ataupun surau.
Hanya pada bulan Ramadhan sahaja kita dapat menjalankan ibadah seperti solat terawih ini. Jadi marilah kita rebut peluang pada bulan Ramadhan yang akan datang ini kerana belum pasti lagi kita dapat bertemu dengan bulan Ramadhan yang akan datang lagi.
Bagi tahun ini, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan tarikh untuk seluruh rakyat Malaysia berpuasa iaitu pada 3 April 2022 bersamaan dengan 1 Ramadhan 1443 Hijrah.
Baca juga : Skim Pembiayaan i-Bermusim RM20,000
Sebagai seorang yang beragama Islam, kita dituntut untuk menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Tambahan pula, ia merupakan salah satu daripada Rukun Islam iaitu rukun Islam yang ketiga daripada enam rukun Islam yang ada dan wajib kita tunaikan.
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang sangat kita tunggu-tunggu. Bulan Ramadhan ialah bulan yang mulia, penuh dengan keberkatan dan setiap amal ibadah yang kita kerjakan akan mendapat berkali-kali ganda pahala.
Pada bulan ini juga, semua orang sangat menginginkan malam lailatul qadar yang mana lebih baik dari seribu bulan.
Maksud puasa jika dari segi bahasa ialah menahan diri daripada melakukan sesuatu sama ada dari segi perbuatan, kata-kata (lisan) ataupun makan.
Manakala, dari segi istilah bermaksud menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari beserta niat.
Syarat-syarat sah bagi seseorang individu untuk menjalani ibadah puasa ialah mesti beragama Islam, berakal ataupun waras akal fikiran (tidak gila), bersih daripada haid ataupun hadas besar yang lain serta niat puasa Ramadhan.
Terdapat beberapa perkara yang boleh kita lakukan pada bulan Ramadhan dan sangat memberikan ganjaran pahala yang besar jika kita melakukannya. Antaranya ialah solat terawih di waktu malam, membaca al quran dan berzikir
Manakala, terdapat juga beberapa perkara yang harus kita elakkan ketika berpuasa di bulan Ramadhan.
Contohnya, makan dan minum sudah semestinya, memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan seperti mengorek hidung terlalu dalam, muntah dengan sengaja dan keluar darah haid bagi kaum wanita.
Jadi anda harus boleh mengelakkan perkara-perkara ini barulah puasa anda dianggap tidak batal.
Agama kita menerapkan bahawa setiap apa yang ingin kita lakukan dalam hidup mestilah dimulai dengan niat. Sudah semestinya niat yang baik-baik sahaja bukan yang sebaliknya.
Begitu juga dengan puasa, mesti dimulai dengan niat yang betul. Lafaz niat bulan puasa ini boleh dibuat bermula daripada terbenamnya matahari iaitu kira-kira masuk waktu fardhu Maghrib sehingga sebelum terbit fajar pada keesokan harinya.
Bacaan Niat Puasa Ramadhan Rumi Dan Arab
Kebiasaan yang kita lakukan adalah melafazkan niat harian iaitu pada setiap hari. Namun, niat puasa juga boleh kita niatkan untuk satu bulan sekaligus jika kita berasa risau akan terlupa untuk berniat puasa, maka berniat puasa untuk sebulan lebih afdhal.
Jika kita tidak berniat puasa, maka ibadah puasa yang kita lakukan setiap hari dikira tidak sah.
Berikut merupakan lafaz niat puasa ramadhan rumi dan arab:

Setelah menjalani ibadah puasa seharian, pasti kita perlu membaca doa untuk berbuka puasa pula.
Doa untuk berbuka puasa yang dilakukan secara bersendirian ialah:

Manakala, doa berbuka puasa secara beramai-ramai ialah:

Anda boleh membaca doa untuk berbuka puasa mengikut keselesaan anda seperti mana yang telah disediakan di atas.
Selain bahasa Arab, terdapat juga dalam tulisan rumi dan bahasa Melayu. Jadi tiada alasan untuk anda tidak mengetahui doa ini. Begitu juga dengan niat puasa.
Semoga perkongsian niat puasa ramadhan jawi dan arab bermanfaat
Harapan kita pada tahun ini adalah dapat menjalani bulan puasa dengan penuh keberkatan. Dalam masa yang sama, semoga statistik kes Covid 19 di negara kita juga semakin menurun dan seterusnya hilang agar kita dapat menjalani ibadah puasa dalam keadaan yang sihat serta sejahtera.
1 thought on “Niat Puasa Ramadhan Rumi Dan Arab”