Berita

MH370 Terkini Richard Godfrey Dakwa Temukan Lokasi Sebenar Pesawat MH370 Tersempas

Pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac 2014, hari ini hangat di perkatakan semula apabila seorang juretera aerounatik Britain, Richard Godfrey mendakwa beliau telah menemukan lokasi sebenar kedudukan pesawat MH370 itu terhempas.

Menurut Richard Godfrey, beliau telah menghabiskan masa setahun untuk mengkaji dan menyiasat lokasi dan kedudukan sebenar pesawat MH370

Dalam satu rancangan terbitan Sunrise on7 media Australia, Richard Godfrey mendakwa pesawat MH370 itu telah terhempas di Lautan Hindi, iaitu kira-kira 2,000 kilometer ke barat Perth, Australia

Untuk merungkai lokasi misteri kehilangan kapal terbang MH370 ini, Richard Godfrey dilaporkan menggunakan teknologi baharu.

“Saya telah menggunakan teknologi pengesanan baharu dalam usaha menyelesaikan misteri ini. Penggunaan sistem isyarat radio bertindak seperti ‘tripwires’ telah membantu dalam usaha mencari pesawat yang terletak 13,000 kaki di bawah permukaan lautan.

Richard menggunakan sistem penjejakan baharu yang dipanggil Weak Signal Propagation Reporter (WSPR) dan menggabungkan teknologi baharu dengan data sistem komunikasi satelit dari pesawat.

Berdasarkan data daripada satelit, oseanografi, analisis drift, data prestasi daripada Boeing dan teknologi baharu ini, beliau percaya dengan penemuan terbaharu ini dan ia menunjukkan sejajar dengan satu titik tertentu iaitu di Lautan Hindi.

Pada tahun 2018, sebuah syarikat robotic AS Ocean infinity telah membuat pencarian penuh berksala besar untuk menemukan kehilangan pesawat MH370.

Mengunakan kenderaan bawah air tanpa pemandu, dan pencarian seluar 50,000 batu persegi namun tiada apa yang ditemui.

Sejak 2014, sebanyak 33 serpihan pesawat MH370 telah di tenumi di enam negara, termasuk Afrika Selatan dan Madagascar. Pakar juga percaya pesawat itu terjunam di Lautan Hindi.

Melalui kajian dan siasatan terkini kehilangan pesawat MH370 yang di dakwa oleh Richard Godfrey, penemuan lokasi pesawat MH370 seakan membenarkan bahawa lokasi sebenar pesawat MH370 itu berada di Lautan Hindi.

Sertai channel telegram untuk dapatkan informasi terkini dan menarik
Share
OhKunak

Berkongsi bacaan santai tetapi penuh dengan fakta menarik,teknologi isu semasa dan terkini. Terima kasih kerana sudi membaca artikel kami. Tanpa pembaca siapalah kami

Recent Posts