Teknologi

Malaysia Penyebab iPhone 13 Pro Max Delay?

 

Baru-baru ini Nikkei memberikan laporan butiran mengenai mengapa tempahan iPhone 13 Pro Max mengalamai kelewatan pengeluaran.

 

Menurut Nikkei Asia, kelewatan ini berpunca daripada mereka kekurangan bekalan untuk kompenan – kompenan kecil seperti pengawal kuasa , papan litar, cip WLAN , Bluetooth dan Accelerometer.

Sumber Gambar : Nikkei Asia

Bahkan ianya telah menjadi masalah besar kepada pihak Apple. Walaupun Apple terkenal memiliki kompenan-kompenan yang berprestasi tinggi yang mencukupi, namun kegagalan pihak mereka untuk meletakan sekeli-kecil kompenan di dalam peranti mereka akan menyebabkan satu masalah besar yang akan menjejaskan pengeluaran peranti mereka.

 

Laporan daripada pihak Nikkei Asia menyenaraikan antara salah satu negara yang meneluarkan cip kompenan untuk peranti mereka.

 

PKP yang berlarutan di Malaysia dari awal tahun sehingga masuk suku ketiga dilihat membawa kesan yang sangat besar di mana kebanyakan kilang semikonduktor tidak dapat beroperasi seperti biasa yang membawa kepada masalah kelewatan pembuatan dan ujian kompenan – kompenan yang terdapat pada peranti Apple.

 

Malaysia negara yang diberi tanggungjawab untuk melaksanakan ujian dan memasarkan kompenan –kompenan seperti cip frekunsi radia, litar bersepadu kuasa, kompas digital dan beberapa kompenan lain. Di mana bukan sahaja syarikat Apple yang terkesan, malah jenama automaotif seperti Ford dan lain-lain juga turut terkesan.

 

Nikkei juga melaporkan bekalan cip ini hanya akan pulih seperti sediakala menjelang penghujung 2020 ataupun awal 2023 kelak.

 

Disebabkan perkara ini juga Apple terpaksa memberhentikan pengeluaran tablet iPad mereka semata –mata untuk memastikan mereka mempunyai bekalan kompenan yang mencukupi untuk siri peranti iPhone 13

 

Source : Nikkei Asia

Sertai channel telegram untuk dapatkan informasi terkini dan menarik
Share
OhKunak

Berkongsi bacaan santai tetapi penuh dengan fakta menarik,teknologi isu semasa dan terkini. Terima kasih kerana sudi membaca artikel kami. Tanpa pembaca siapalah kami

Tags: AppleiPhone

Recent Posts