•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Dalam satu laporan khas Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor mencadangakn mana-mana lelaki ingin berpoligami untuk ditemuduga terlebih dahulu oleh panel khas yang dilantik Jabatan Agama Islam Negeri. Hanya mereka yang lulus temuduga dibenarkan berpoligami.

Menurut beliau, menegaskan penguatkuasaan lebih ketat perlu diambil bagi mengelakkan berlaku unsur-unsur penipuan dalam isu berpoligami.

Katanya lagi, kita harus melihat kepada masalah atau kepentingan kepada masyarakat awam.

“Memang poligami diharuskan tetapi kalau lelaki yang mahu berpoligami itu tidak mempunyai kerja tetap atau pendapatan yang cukup bagaimana dia mahu berkahwin lebih daripada satu.

“Untuk kes seperti itu, maka tidak boleh dibenarkan berpoligami kerana ia akan menganiaya isteri pertama dan juga bakal isteri baharu yang mahu dinikahi,” katanya lagi.

Kata Wan Salim, harus dipastikan hanya mereka yang berkemampuan termasuk daripada segi kewangan dan kesihatan dan sebagainya yang dibenarkan untuk berpoligami.

Sumber : Sinar Harian