Badminton

Lee Zii Jia Mara Kepusingan Seterusnya Kejohanan Badminton Dunia Huelva

Kejohanan badminton dunia Huelva, Sepanyol – Lee Zii Jia pemain perseorangan badminton negara berjaya masa kepusingan kedua selepas berjaya mengalahkan Jason Anthony Ho-Shue dari Kanada

 

 

Dalam perlawanan itu, juara All England 2021, terpaksa berkerja keras mengharungi 50 minit perlawanan yang berlanjutan hingga set penentuan sebelum mengenepikan cabaran dari Kanada yang menunjukkan kebangkitan pada set kedua.

 

 

Pilihan keenam kejohanan berusia 23 tahun itu memulakan set pertama dengan menang mudah 21-10, sebelum Jason bangkit memenangi set kedua 21-17.

 

Lee Zii Jia dilihat garang pada set pertama, sebelum set kedua yang memperlihatkan aksi daripada pemain Kanada yang menunjukan kebangkitan yang memaksa Lee Zii Jia untuk bermain di set ketiga sebagai penentuan.

Namun, kebangkitan Lee Zii Jia tidak dapat ditahan, apabila perseorangan negara itu berjaya menundukan pemain Kanada itu dengan jurang mata 21 -11 pada set penentuan. Pada pusingan kedua nanti, Zii Jia akan berdepan pemain Brazil Ygor Coelho.

 

Selain beliau, turut mara ke pusingan kedua ialah, pemain professional negara Liew Daren yang berjaya menundukan sainganya dengan mudah 21 – 14, 21-14. Liew Daren bakal berjumpa sama ada HS Pranoy dari India atau Angus Ang Ka Long dari Hong Kong.

 

Sources : Sinar Harian

Sertai channel telegram untuk dapatkan informasi terkini dan menarik
Share
OhKunak

Berkongsi bacaan santai tetapi penuh dengan fakta menarik,teknologi isu semasa dan terkini. Terima kasih kerana sudi membaca artikel kami. Tanpa pembaca siapalah kami

Tags: Lee Zii Jia

Recent Posts