Badminton

Lee Zii Jia Kekal Bersama BAM Tolak Khabar Angin

Pemain badminton perseorangan negara Lee Zii Jia, di maklumkan kekal bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

 

Sebelum ini, tular desas-desus mengatakan Lee Zii Jia bakal keluar dari BAM dan akan bergerak secara bebas sebagai pemain profesional. Dalam perkhabar itu menyatakan antara punca Lee Zii Jia ingin keluar dari BAM ialah disebabkan ingin mencari angin baru bagi mendapatkan rentak permainan semula. Ini selepas permainan beliau di lihat seperti tersekat dan menurun selepas memenangi kejohanan piala ALL England.

 

Desas-desus lain turut menyatakan Lee Zii Jia di tawarakan ganjaran lumayan, dengan pembiayaan sebanyak 4 juta sebagai penajaan kepada beliau dalam perjalananya sebagai pemain profesional jika meninggalkan BAM.

 

Bagaimanapun, Setiausaha Agung BAM, Dato’ Kenny Goh tampil menafikan mengenai perkara tersebut menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini.

 

 

 

“Saya telah bercakap kepada Zii Jia, dia langsung tidak menyedari khabar angin mengenai dirinya untuk keluar daripada BAM.

“Kesungguhan dan visinya kekal sama sebagai pemain perseorangan lelaki utama negara. Dia fokus 100% terhadapa Paris 2024.” kata Kenny.

 

 

Sertai channel telegram untuk dapatkan informasi terkini dan menarik
Share
OhKunak

Berkongsi bacaan santai tetapi penuh dengan fakta menarik,teknologi isu semasa dan terkini. Terima kasih kerana sudi membaca artikel kami. Tanpa pembaca siapalah kami

Recent Posts