Badminton

Lee Zee Jia Akur Kecederaan Jadi Penghalang Di Kejohanan Dunia BWF 2021

Hasrat Lee zii Jia untuk beraksi cemerlang memburu gelaran juaran di Kejohanan  Dunia BWF 2021 berakhir dengan kecederaan yang memaksa beliau untuk menarik diri pada set ketiga.

Dalam perlawanan suku akhir menentang Anders Antonsen dari Denrmark, Lee Zii Jia bermula dengan cemerlang pada set pertama dengan menundukan pemain nombor tiga dunia itu 21-12.

 

Namun pada pertengahan set kedua, permainan Lee Zii Jia kelihatan terjejas disebabkan oleh kecederaan pada tapak kaki kananya. Ianya sekali gus membolehkan Anders berjaya mengatasi Lee Zii Jia 21-8.

Babak ketiga, menyaksikan Zii Jia pemain ranking nombor tujuh dunia itu masih cuba untuk meneruskan aksinya, sehingga akhirnya kesakitan yang di alami beliau tidak membenarkan beliau untuk terus beraksi dan memaksa beliau menarik diri pada set ketiga yang memperlihatkan pemain Denmark Anders Antenson memungut mata selesa 11-1

 

Menurut ketua jurulatih badminton Malaysia, Hendrawan kecederaan dialami oleh Lee Zee Jia itu bermula selepas pusingan ketiga menentang Hans – Kristian Vittinghus dari Denmark pada Khamis lalu.

 

“Ianya berdarah selepas selesai menentang Vittinghus, tetapi Zii Jia dirawat pada sebelah pagi, Zee Jia turut mengaku ianya masih sakit, tetapi kami menampal dan membalut lbahagian yang terjejas untuk mengurangkan ketidakselesaan” kata Hendrawan

“Dia boleh memaksa dirinya untuk bermain pada perlawanan pembukaan tetapi selepas perlawanan kedua, darah mengalir keluar. Dia meminta doktor merakamkannya lagi tetapi ia tidak mengurangkan kesakitan.

“Saya percaya Zii Jia telah memberikan usaha maksimumnya dalam pertemuan dunia ini,” tambah Hendrawan.

 

Lee Zii Jia juga dilihat tidak dapat menahan sebak dan kesediahanya dalam sesi temubual sejurus sahaja beliau keluar gelanggang.

 

Semoga kecederaan beliau pulih dan dapat berehat untuk menebus kekecewaanya dan memberikan aksi cemerlangnya pada tahun depan pula

.

 

Sertai channel telegram untuk dapatkan informasi terkini dan menarik
Share
OhKunak

Berkongsi bacaan santai tetapi penuh dengan fakta menarik,teknologi isu semasa dan terkini. Terima kasih kerana sudi membaca artikel kami. Tanpa pembaca siapalah kami

Tags: Lee Zii Jia

Recent Posts