Baru-baru ini tular di media sosial tentang #LathiChallenge. Lathi challenge, ialah satu cabaran suka-suka yang di buat di sosial media.
Sesiapa sahaja pengguna sosial media boleh menyertai cabaran ini.
Tema cabaran “Lathi” ini, menyeruh sama ada wanita atau lelaki mengenakan make up ala-ala Melayu Nusantara lama.
Sambil menari tarian tradisional mengikut rentak lagu. Dan dengan tiba-tiba bertukar make up seperti hantu.
Trend Terkini Lathi Challenge
“Trend” ini dikatakan bermula dari pengguna media sosial TikTok, dan mula tular dari Indonesia sehingga ke seluruh dunia.
Di Malaysia, seorang selebriti terkenal, Mawar Rashid yang turut sama menyertai “Lathi Challenge” menjadi perhatian.
Video beliau yang bertukar solekan seperti hantu siam malah mendapat perhatian, malah pujian dari kalangan netizen di Malaysia.
Asal Usul Lathi Challenge
Dikatakan seorang #Lathichallenge ini dimulakan oleh seorang vlogger wanita bernama Jharna Bhagwani yang berasal dari Indonesia.
Beliau mula mendapat perhatian selepas memuatnaik satu video di instagram beliau. Kandungan video tersebut menggunakan lagu Lathi sambil mengenakan solekan dan memakai pakaian tradisional Jawa.
Lathi Challenge Haram Diikuti
Trend ini tiidak hanya sampai disitu, Lathi Challenge turut menjadi perhatian orang agama.
Terbaru dalam satu coretan seorang pendakwah bebas di Malaysia Pencetus Ummah Syed Bakri (PU Syed), hukum bagi cabaran tersebut telah jatuh haram disebabkan atas beberapa faktor dan menyalahi syarak.
Menyerupai Syaitan
Lathi challenge haram mempengaruhi dan menukar muka dan tubuh menyerupai syaitan (puaka) meniru menari gerak geri tunggangan pakaian khusus mereka.
“Lathi” bermaksud lidah, tulisan pada muka sanskrit India
jawa lama
“Dengan merakamkan video berlatarbelakangkan lagu, dengan solekan ala-ala syaitan, maka adakah ingin kita katakan perbuatan itu harus dilakukan?
“Sila teruskan jika rasa Lathi Challenge itu sunnah yang baik, ambe tak mampu nak menyekat kecuali hanya menegur,” – PU Syed
‘Barangsiapa yang merintis suatu sunnah (yg baik) dalam Islam, maka baginya pahala amalan yang dirintisnya itu serta (dia juga beroleh) pahala orang yang mengamalkannya selepasnya dan
‘Barangsiapa yang merintis suatu sunnah (yg buruk) dalam Islam, maka baginya DOSA amalan yang dirintisnya itu serta (dia juga beroleh) DOSA orang yang mengamalkannya selepasnya’ ( HR Imam Muslim)
Dari satu artikel lain di kompas.com, kumpulan pemuzik genre EDM, Weird Genius, merupakan penyanyi yang bertanggjungjawab mempopularkan lagu “Lathi” ini.
Menurut penulis lirik “Lathi”, lagu ini menceritakan tentang hubungan percintaan yang toksik dan didominasi dengan pembohongan dan ego.
Namun, ada juga yang mengatakan ayat jawa ini seperti memanggil atau menyeru kehadiran makhluk halus.