Kerusi Panas Kedah PRN 15 2023 & Keputusan Terkini

Keputusan kerusi panas kedah prn 15 2023, antara PH-BN vs PN bakal diketahui esok.

Sejarah perkembangan politik di DUN (Dewan Undangan Negeri) Kedah, Malaysia, boleh dilihat awal abad ke-20. Pada tahun 1923, pilihan raya pertama ke DUN telah diadakan, dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) memenangi majoriti kerusi.

Pada 1990-an, landskap politik di Kedah mula berubah. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) muncul sebagai kuasa besar di negeri itu, dan pada 1999, PAS memenangi majoriti kerusi di DUN. PAS memerintah Kedah untuk lima tahun akan datang, tetapi pada 2004, UMNO menguasai semula negeri itu.

Sejak itu, kedudukan politik di Kedah sering beralih arah diantara BN dan PAS. Pada pilihan raya 2013, PAS memenangi majoriti kerusi di DUN, tetapi pada pilihan raya 2018, BN menguasai semula negeri itu. Pilihan raya DUN 2023 di Kedah bakal menyaksikan persaingan yang kuat. PRN 2023 juga menyaksikan dua blok parti terbesar antara gabungan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) dan PAS dalam gabungan blok Perikatan Nasional (PN) adalah dua pesaing utama untuk menentukan siapa bakal menjadi kerajaan di Kedah,

TahunMenteri BesarParti Politik
1957-1963Syed Omar bin Syed AbdullahUMNO
1963-1964Tunku Yaacob ibni Sultan Abdul RahmanUMNO
1964-1973Abdul Rahman bin Ya’kubUMNO
1973-1981Mohd Asri bin MudaUMNO
1981-1990Sanusi bin JunidUMNO
1990-1995Syeikh Md. Nor bin IsmailPAS
1995-2000Azizan bin Abdul RazakPAS
2000-2004Mohd Ali bin RustamUMNO
2004-2008Sanusi bin Md. NorUMNO
2008-2013Mukhriz bin MahathirPKR
2013-2018Ahmad Bashah bin Md. HanipahPAS
2018-2020Muhammad Sanusi Md. NorPakatan Harapan
2020-PresentMuhammad Sanusi Md. NorBersatu

Kerusi Panas Kedah PRN -15 2023

kerusi panas kedah prn 15

Kedah antara kerusi panas yang menjadi perebutan di antara kerajaan perpaduan dan juga kerajaan perikatan nasional.

Kelantangan menteri besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor beruara pasca PRN 2023 yang dilihat menjadi ancaman kepada PH-BN. Beliau juga dilihat sering dihentam bertubi-tubi dari pelbagai arah.

Namun tidak pernah gentar dan tidak mematah semangat beliau untuk terus berkempen dengan lantang demi mempertahankan kerajaan sedia ada kekal di bawah pemerintahan PN.

Berikut calon-calon yang bertanding bagi kerusi panas kedah PRN 2023 ;

N06 JITRA

  • Sabrina Ahmad -Harapan
  • Prof Dr Haim Hilman Abdullah -Perikatan Nasional

N14 ALOR MENGKUDU

  • Radhi Mat Din -Perikatan Nasional
  • Datuk Mahfuz Omar -Pakatan Harapan

N08 PEDU

  • Mohd Radzi Md Amin-Perikatan Nasional
  • Datuk Seri Mahdzir Khalid -BN

N22GURUN

  • Mohammed Firdaus Johari -Harapan
  • Baddrol Bakhtiar -Perikatan Nasional

N24JENERI

  • Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim -Bn
  • Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor -Perikatan Nasional

Statistik Kerusi Panas Kedah PRU15

kerusi panas kedah

PRU15 Kedah, BN-PH betul-betul ingin mematikan Sanusi kerana beliau ialah watak utama yang boleh meruntuhkan kekuatan BN-PH, sama seperti aura Najib Bosku pasca PRU14 yang mengancam PH-Bersatu ketika itu. Malahan, beliau sudah banyak didakwa untuk kes-kes di mahkamah dan akan datang mungkin didakwa atas isu nadir bumi REE di Sik. Kemuncaknya, ceramah besar-besaran di Sungai Petani, Kedah oleh BN-PH yang memang mendambakan Kedah.

Tetapi, menurut pembacaan dan pemerhatian dari pelbagai sumber, Kedah tidak tergugat atas serangan-serangan ini. BN-PH hanya berpotensi menang di beberapa kerusi, namun lebih atas faktor setempat seperti Pedu, Kuah, Ayer Hangat dan lain-lain. Selain itu, persaingan sengit bakal berlaku di kawasan campuran seperti Gurun, Bukit Selambau, Lunas dan Kulim.

ANALISIS DUN PILIHAN GPS | N.08 DUN PEDU

DUN Pedu Menjadi pilihan Gerakan Pengundi Sedar (GPS) kerana Mahdzir Khalid (BN-UMNO) yang telah kalah bertanding di kerusi Parlimen PRU15 lalu dijangkakan akan bertanding di kerusi ini atas kapasitinya sebagai Pengerusi UMNO Kedah.

Berdasarkan analisis PRU15 lalu, BN memperoleh 39.9% undi manakala PH mendapat 6% undi di Pedu berbanding di P.07 Kuala Nerang yang dimenangi dengan selesa oleh PN.

Masih terdapat kawasan kuat UMNO di kawasan Lamdin dan sekitarnya, serta di FELDA Lubok Merbak yang mana mempunyai ramai pengundi Siam.

Justeru, jika benar Mahdzir Khalid akan bertanding di N.08 Pedu, kita akan lihat adakah “wow factor” calon boleh mengatasi faktor undi parti yang negatif ke arah PH-BN?

Perikatan Nasional menerima gelombang hijau yang dahsyat semasa PRU15 lalu di negeri jelapang padi. PRN kali ini, Sanusi sendiri sasarkan 33 kerusi.

Adakah kemenangan yang sama dapat diterjemah kepada kemenangam di kerusi-kerusi DUN dalam PRN kali ini?

Siapa bakal memenangi kerusi-kerusi panas Kedah PRN 2023 ini?

Kredit : Gerakan Pengundi Sedar (GPS)

Manifesto Calon Kerusi Panas Kedah

Manifesto PN

Pelancaran Manifesto PN Kedah telah disempurnakan Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, sempena Jelajah Mega PNBest Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah, di Dataran Darul Aman, Jitra, pada 2 Ogos 2023.

Dalam pada itu Perikatan Nasional telah mengariskan 17 tawaran yang terkandung dalam manifesto itu dengan ada yang sudah dilaksanakan. Sebahagian pula akan digarab sejajar ‘Kedah Tempat Orang Miskin Berteduh, Tempat Orang Kaya Berbakti’.

  1. Tadbir urus profesional dan berintegriti
  2. Penyampaian perkhidmatan yang efisien
  3. Memperhebat agenda pendidikan yang holistik
  4. Mengajak rakyat ke arah kebaikan dan mencegah mungkar
  5. Komitmen membawa masuk pelaburan berimpak tinggi
  6. Peluang pekerjaan
  7. Berkebajikan terhadap rakyat
  8. Pemerkasaan wanita dan keluarga
  9. Mengangkat peranan belia, NGO dan sukan
  10. Kelestarian bekalan air bersih
  11. Menjadikan Kedah hub pengeluaran makanan
  12. Memberikan hak milik tanah rakyat
  13. Menyediakan kediaman mampu milik
  14. Membaik pulih kediaman golongan asnaf
  15. Memperkasa bidang keusahawanan
  16. Mempromosi produk pelancongan dan warisan negeri
  17. Memperhebat kempen kebersihan dan gaya hidup sihat

Manifesto PH-BN Kedah Madani

Gabungan PH-BN pula menggariskan empat teras utama dalam manifesto Kedah Madani sekiranya berjaya menawan negeri itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos nanti.

Pengerusi Bersama Majlis Pimpinan Perpaduan Negeri Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, empat teras yang digariskan antaranya ;

  • Reformasi politik dan urus tarbir yang telus;
  • Pembangunan dan Pengurusan ekonomi yang progresif;
  • Pembangunan sosial yang harmoni dan
  • Pengurusan sumber hasil bumi yang mampan

Keputusan PRN 15 2023 Kerusi Panas Kedah

Untuk menyaksikan dan mendapatkan keputusan pemenang bagi kerusi panas kedah PRN 2023, anda boleh ikuti di https://www.myundi.com.my/prn2023/kedah

Baca juga : Tema Hari Kebangsaan 2023 Malaysia,Logo & Sambutan

Sertai channel telegram untuk dapatkan informasi terkini dan menarik

1 thought on “Kerusi Panas Kedah PRN 15 2023 & Keputusan Terkini”

Leave a Reply