Sabah

Kertas Habis,Pengeluaran Sijil Lahir Di Sabah Tertangguh

Pengeluaran Sijil Lahir atau “surat beranak” di Sabah tertangguh disebabkan stok kertas yang digunakan untuk mencetak dokumen tersebut habis, kata Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah, Khairul Aminus Kamaruddin.

Dalam satu sidang media, beliau berkata stok kertas untuk mencetak Sijil Kelahiran JPN Sabah tahun ini sebanyak 24,801 keping, namun terputus bekalan dan kehabisan stok bermula pada awal Oktober lepas

“Setakat ini, sijil kelahiran yang tertangguh atau menunggu stok untuk cetakan adalah kira-kira 3,200 permohonan. Kelewatan pengeluaran sijil lahir berkenaan disebabkan kekurangan bekalan sijil ekoran bekalan kertas yang digunakan adalah diimport daripada pengilang di China.

 

“Kelewatan bekalan kertas tiba di Malaysia disebabkan kejadian banjir di negara berkenaan baru-baru ini. Semakan mengesahkan bekalan kertas berkenaan sudah tiba di negara ini dan melepasi pemeriksaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pada 6 Dis lepas,” katanya pada sidang media.

 

Tular aduan dan rintihan netizen baru-baru ini dimedia sosial yang mengeluh terpaksa menunggu lama, namun tidak dapat mencetak sijil kelahiran anak mereka.

 

“JPN Negeri Sabah ingin memohon maaf atas kelewatan dan kesulitan yang dihadapi.. ia adalah di luar kawalan JPN”

Menurut Khairul Aminus, status terkini kertas berkenaan sudah diterima syarikat percetakan pada 8 Disember bagi proses cetakan sijil kelahiran dan kertas sijil lahir dijangka sampai ke seluruh Sabah serta boleh dikeluarkan selewat-lewatnya 20 Disember nanti.

 

Rakyat Malaysia di negeri Sabah, yang mempunyai kesulitan yang terkesan atau memerlukan surat pengesahan kelahiran daripada JPN, sebagai contoh untuk tujuan penerbangan ke Semenanjung atau Sarawak, bolehlah memohon di JPN,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pejabat Perkhidmatan Pelanggan (PPP), JPN Negeri Sabah di talian 088-488300 atau 088-488301 atau 088-488365.

 

Source : Sabahpost

Sertai channel telegram untuk dapatkan informasi terkini dan menarik
Share
OhKunak

Berkongsi bacaan santai tetapi penuh dengan fakta menarik,teknologi isu semasa dan terkini. Terima kasih kerana sudi membaca artikel kami. Tanpa pembaca siapalah kami

Recent Posts