Dunia

Kapsul Bunuh Diri Bakal Digunakan Di Switzerland

Switzerland merupakan negara ke-enam sebagai negara paling selamat untuk diduduki menurut laporan Safety Index Country 2021

“Switzeland juga merupakan satu-satunya negara yang mempunyai undang-undang pelik yang membenarkan bunuh diri, malah negara Switzeland juga membantu mereka yang berniat untuk membunuh diri”

Tidak pelik mengapa negara Swiss ini bakal membenarkan ciptaan teknologi seperti Kapsul Bunuh Diri ini.

Kapsul Bunuh Diri Pod Sarco

Kapsul Bunuh Diri ini di namakan Pod Sarco. Ia akan digunakan di beberapa klinik pada tahun hadapan di negara Switzerland. Dr Philip Nitschke, pengasas badan amal Exit International dan antara individu yang bertanggungjawab menghasilkan produk ini, memberitahu Swiss Info bahawa pod itu memberi pesakit satu pengalaman yang “tidak panik, tidak merasa tercekik”.

 

Kapsul yang diberi nama sebagai Pod Sarco, dibina untuk membolehkan pengguna mencetuskan kematian mereka sendiri.

Pesakit akan diminta berbaring di dalam kapsul yang kelihatan seperti keranda sebelum diajukan beberapa soalan. Selepas menjawabnya, mereka diminta untuk menekan butang yang akan membunuh mereka. Kapsul tersebut kemudiannya akan menurunkan kadar oksigen daripada sekitar 21 peratus kepada 1 peratus dalam 30 saat.

Menurut analisis yang diterbitkan, terdapat kira-kira 611 ‘pelancong’ yang melawat Switzerland dengan tujuan untuk dibantu membunuh diri antara 2008 dan 2012. Mereka datang dari 31 negara di seluruh dunia, majoriti dari Jerman dan UK

“Di UK, ‘pergi ke Switzerland’ menjadi eufemisme (untuk bunuh diri dibantu),” tulis para penyelidik. “Enam organisasi memperjuangkan hak untuk mati telah membantu sekitar 600 kes bunuh diri setiap tahun, 150-200 daripadanya adalah daripada pelancong bunuh diri.

 

Dengan terciptanya Pod Sarco kapsul bunuh diri ini, tidak mustahil negara Swiss yang mendapat jolokan negara paling selamat diduduki di muka bumi, akan mendapat jolokan baru sebagai negara pelancongan bunuh diri.

 

Source : TheVocket

Sertai channel telegram untuk dapatkan informasi terkini dan menarik
Share
OhKunak

Berkongsi bacaan santai tetapi penuh dengan fakta menarik,teknologi isu semasa dan terkini. Terima kasih kerana sudi membaca artikel kami. Tanpa pembaca siapalah kami

Recent Posts