Kalender Kuda 2023 Malaysia PDF Download

Muat turun Kalender Kuda 2023 Malaysia PDF untuk cetakan anda. Sebagai info tambahan untuk anda, kalender kuda bukan sahaja tersedia di Malaysia. Malah negara-negara lain seperti Australia, Singapura, malah negara Arab juga mempunyai kalender kuda mereka yang tersendiri.

Di Malaysia, kalender ini dipanggil kalender kuda adalah disebabkan selain daripada gambar kuda, sebenarnya pada kalendar ini juga tercatat tarikh perlawanan lumba kuda di beberapa buah bandar utama di Malaysia

Mengapa kalender kuda ini popular,apa keistimewaanya?. Untuk mengetahui lebih lanjut berikut kami sertakan info dan link untuk anda download.

Apa Itu Kelender Kuda 2023

Bagi segelintir rakyat Malaysia, mereka lebih menyukai kelender ini kerana mempunyai keistimewaan yang tersendiri berbanding kalender-kalender lain. Dari golongan koporat, peniaga,yang suka melancong, sehinggalah orang awam memiliki kalender 2023 lebih awal adalah satu keperluan untuk merancang plan perniagaan mahupun untuk merancang perjalanan. Kalendar kuda atau kalendar lumba kuda merupakan salah satu jenis kalendar gantung yang laris digunakan khas untuk menandakan tarikh-tarikh perlumbaan kuda di Malaysia dan Singapura.

Keistimewaan Kelender Kuda

Berbanding kalender yang lain. Kalender kuda mempunyai segala informasi yang padat selain daripada hari cuti. Informasi yang turut ada pada kalender kuda ialah, ianya juga turut memaparkan tarikh kalender mengikut tahun islam dan juga kalender tahun cina dalam satu kalender.

Menurut catatan wikipedia, kalendar kuda merupakan kalendar bulanan. Setiap muka surat terdiri daripada jadual tarikh-tarikh satu bulan yang disusun secara menegak, berjudulkan nama-nama bulan dalam takwim-takwim Masihi, Hijrah, Cina dan Hindu. Setiap petak hari biasa diisi dengan hari bulan Masihi di tengah diikuti tarikh-tarikh Cina, Hijrah dan Masihi di sudut-sudut.

Petak Ahad dan Sabtu selalunya diisi dengan gambar kuda lumba dengan tempat berlangsungnya lumba kuda kerana perlumbaan kuda lazimnya diadakan pada hari-hari hujung minggu dan dihadiri untuk tujuan berjudi. Petak cuti umum juga dihiasi dengan gambar-gambar berkenaan, contohnya bendera negeri untuk hari keputeraan raja negeri.

Di bahagian bawah kalendar kuda terdapat baris zodiak Cina yang menyatakan gambar haiwan, tahun-tahun dan umur setiap bintang zodiak. Bintang khinzir tidak disiarkan atas kebimbangan penerbit akan menyinggung perasaan penganut agama Islam.

Terdapat juga jenis “kalendar Islamik” yang reka bentuknya berasaskan kalendar kuda, tetapi gugurnya elemen lumba kuda dan zodiak Cina serta hanya menyatakan tarikh Masihi dan Hijrah

Kalender Kuda 2023 – Bulanan & Cuti Umum

Kalender Kuda Januari 2023

kalender kuda januari 2023

Senarai Cuti Bulan Januari 2023

  • 1 Jan 2023(Ahad) Tahun Baru 2023 – Semua negeri. kecuali Kelantan, Kedah, ,Perlis, Johor dan Terengganu
  • 14 Jan 2023(Sabtu) – Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Negeri Sembilan
  • 22 Jan 2023 (Ahad) – Tahun Baru Cina -Semua Negeri
  • 23 Jan 2023 (Isnin) – Tahun Baru Cina (Hari Kedua) – Semua Negeri

Kalender Kuda Febuari 2023

kalender kuda febuari 2023

Senarai Cuti Bulan Februari 2023

  • 1 Feb 2023 (Rabu) – Hari Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan
  • 5 Feb 2023(Ahad) – Hari Thaipusam – Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Johor dan Pulau Pinang
  • 18 Feb 2023(Sabtu) – Israk dan Mikraj – Negeri Sembilan, Kedah Dan Perlis

Kalender Kuda Mac 2023

kalender kuda mac 2023

Senarai Cuti Bulan Mac 2023

  • 4 Mac 2023(Sabtu) – Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu -Terengganu
  • 23 Mac 2023(Khamis) – Hari Keputeraan Sultan Johor – Johor
  • 23 Mac 2023(Khamis) – Awal Ramadhan* – Johor, Kedah dan Melaka

Kalender Kuda April 2023

kalender kuda april 2023

Senarai Cuti Bulan April 2023

  • 7 April 2023(Jumaat) – Good Friday – Sabah dan Sarawak
  • 8 April 2023(Sabtu) – Hari Nuzul Al-Quran -Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu
  • 15 April 2023(Sabtu) – Hari Pengisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah Melaka
  • 22 April 2023(Sabtu) – Hari Raya Puasa (Aidilfitri)*- Semua Negeri
  • 23 April 2023(Ahad) – Hari Raya Puasa (Aidilfitri) Hari Kedua* – Semua Negeri
  • 26 April 2023(Rabu) – Hari Keputeraan Sultan Terengganu-Terengganu

Kalender Kuda Mei 2023

kalender kuda mei 2023

Senarai Cuti Bulan Mei 2023

  • 1 Mei 2023(Isnin) – Hari Pekerja-Semua Negeri
  • 4 Mei 2023(Khamis) – Hari Wesak- Semua Negeri
  • 17 Mei 2023(Rabu) – Hari Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis – Perlis
  • 22 Mei 2023(Isnin) – Hari Hol Pahang – Pahang
  • 30 Mei 2023( Selasa) – Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) – Sabah dan Labuan
  • 31 Mei 2023(Rabu) – Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) – Sabah dan Labuan

Kalender Kuda Jun 2023

kalender kuda jun 2023

Senarai Cuti Bulan Jun 2023

  • 1 Jun 2023(Khamis) – Perayaan Hari Gawai Dayak – Sarawak
  • 2 Jun 2023(Jumaat) – Perayaan Hari Gawai Dayak – Sarawak
  • 5 Jun 2023(Isnin) – Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong – Semua Negeri
  • 18 Jun 2023( Ahad) – Hari Keputeraan Sultan Kedah – Kedah
  • 28 Jun 2023(Rabu) – Hari Arafah – Terengganu
  • 29 Jun 2023(Khamis) – Hari Raya Korban /Haji/ Aidiladha *Semua Negeri
  • 30 Jun 2023(Jumaat) – Hari Raya Korban /Haji/ Aidiladha (Hari Kedua) Kelantan, Kedah, Perlis dan Terengganu

Kalender Kuda Julai 2023

kalender kuda julai 2023

Senarai Cuti Bulan Julai 2023

  • 7 Jul 2023(Jumaat) – Hari Ulang Tahun Pengisytiharan Tapak Warisan Dunia – Pulau Pinang (Penang)
  • 8 Jul 2023(Sabtu) – Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang – Pulau Pinang (Penang)
  • 19 Jul 2023(Rabu) – Awal Muharam – Semua Negeri
  • 22 Jul 2023(Sabtu) – Hari Kemerdekaan Sarawak – Sarawak
  • 30 Jul 2023(Ahad) – Hari Keputeraan Sultan Pahang – Pahang

Kalender Kuda Ogos 2023

kalender kuda ogos 2023

Senarai Cuti Bulan Ogos 2023

  • 23 Ogos 2023(Rabu) – Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar – Johor
  • 24 Ogos 2023(khamis) – Hari jadi Yang Di-Pertua Negeri Melaka – Melaka
  • 31 Ogos 2023(khamis) – Hari Kebangsaan (Kemerdekaan) – Semua Negeri

Kalender Kuda September 2023

kalender kuda oktober 2023

Senarai Cuti Bulan September  2023

  • 16 Sept 2023(Sabtu) – Hari Malaysia- Semua Negeri
  • 28 Sept 2023(Khamis) –  Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul)- Semua Negeri

Kalender Kuda Oktober 2023

kalender kuda september 2023

Senarai Cuti Bulan Oktober  2023

  • 7 Oct 2023(Sabtu) – Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Sabah – Sabah
  • 14 Oct 2023(Sabtu) – Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Sarawak – Sarawak

Kalender Kuda November 2023

kalender kuda november 2023

Senarai Cuti Bulan November 2023

  • 3 Nov 2023(Jumaat),Hari Keputeraan Sultan Perak – Perak
  • 11 Nov 2023(Sabtu),Hari Keputeraan Sultan Kelantan – Kelantan
  • 12 Nov 2023(Ahad),Hari Keputeraan Sultan Kelantan (Hari Kedua)- Kelantan
  • 12 Nov 2023(Ahad),Hari Deepavali – Semua Negeri kecuali Sarawak

Kalender Kuda Disember 2023

kalender disember 2023

Senarai Cuti Bulan Disember 2023

  • 11 Dec 2023(Isnin) – Hari Keputeraan Sultan Selangor – Selangor
  • 25 Dec 2023(Isnin) – Hari Krismas – Semua Negeri

Muat Turun Kalender Kuda 2023

Anda boleh dapatkan Kalender Kuda 2023 versi PDF. Untuk download

Atau untuk , anda boleh dapatkan kalandar tersebut secara digital dan secara percuma sahaja. Anda boleh muat turun Malaysian Calander 2021-2022 melalui pembangun GT App.

Perhatian

Bagi umat islam, tarikh untuk bulan islam mungkin berbubah tidak seperti yang terdapat di dalam Kalender Kuda 2023. Sila buat semakan dari masa ke semasa. Ini kerana penetapan bulan hijrah dalam islam adalah berdasarakan pengiraan falak dan juga cerapan mengikut kaedah islam 

Sertai channel telegram untuk dapatkan informasi terkini dan menarik

1 thought on “Kalender Kuda 2023 Malaysia PDF Download”

Leave a Reply