Informasi

JPJ Lanjut Tempoh Diskaun 80% Bayaran Kompaun Sehingga 15 Disember 2021

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melanjutkan tempoh diskaun 80% pembayaran kompaun  sehingga 15 disember 2021.

Ianya seperti yang di maklumkan menerusi  satu hantaran di facebook rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),

 

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga mengesyorkan semua kompaun dibayar secara tanpa tunai (CASHLESS) /online.

Tambah pihak JPJ, diskaun itu sah di semua kaunter JPJ negeri, bahagian dan Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Sepanjang dua hari lalu orang ramai berkumpul di KLCC selepas kedua-dua polis dan JPJ mengumumkan diskaun sehingga 80 peratus untuk kompaun terpilih.

Bagaimanapun, kaunter telah ditutup setakat petang Jumaat selepas mereka menerima jumlah kunjungan luar biasa, menyebabkan kebimbangan ketidak patuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

 

Bagi saman yang ada Notis PG1 ianya tidak termasuk dalam senarai kemudahan pengurangan diskaun kompoun 80% ini.

 

Sertai channel telegram untuk dapatkan informasi terkini dan menarik
Share
OhKunak

Berkongsi bacaan santai tetapi penuh dengan fakta menarik,teknologi isu semasa dan terkini. Terima kasih kerana sudi membaca artikel kami. Tanpa pembaca siapalah kami

Recent Posts