•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Macam Transformers pun ada jugak.


Cover image via
Fukuoka Masjid / Facebook

Jepun nampaknya mengambil satu langkah positif dalam persiapan Sukan Olimpik 2020 dengan memperkenal ‘Mobile Mosque’ untuk Muslim

Walaupun majoriti penduduk di Negara Matahari Terbit bukan beragama Islam, mereka tetap tidak lupa untuk menyediakan kemudahan untuk umat Islam di sana menunaikan solat.

Inovasi terbaru daripada Fukuoka Masjid Al Nour Islamic Center ini adalah bersempena Sukan Olimpik yang bakal berlangsung di negara itu pada tahun 2020.

Masjid bergerak ini telah mula dibangunkan sejak empat tahun yang lalu

Pada dasarnya, masjid ini hanyalah sebuah trak 25 tan.

Namun ia telah diberi pengubahsuaian di mana trak ini boleh ‘dikembangkan’ bagi menambah keluasan untuk membolehkan 50 orang jemaah solat pada satu masa.

Masjid ini turut dilengkapi kemudahan paip air untuk mengambil wuduk, penentu arah kiblat, dan dewan solat yang selesa dan berhawa dingin.

Dua tahun lalu, Pegawai Eksekutif Korporat Yasu Project, Junya Imamura pernah melawat Masjid Fukuoka bagi membincangkan tentang pembinaan masjid bergerak

“Kami amat hargai peluang bagi menyumbang kepada projek yang penting ini,” katanya.

Ketika ini dianggarkan terdapat lebih 200,000 orang Islam di Jepun, namun kebanyakannya pendatang asing.

Tambah Imamura, ketika jumlah umat Islam tempatan di Jepun sendiri mening­kat, adalah menjadi satu ke­perluan untuk memperluaskan hospitaliti kepada mereka yang berhasrat untuk beribadah.

Mobile Masjid in Japan
This mobile masjid was developed over the last four years. It is basically the modification of an already existing 25-ton heavy duty truck, with a widened trunk bed to establish a 48m2 room where up to 50 people can worship at the same time. It is equipped with facilities such as a water basin for purifying and cleansing before worship and indicates Qibla (the direction of Kaaba at Mecca). It was originally designed to be a masjid for a large number of people and where formal worship is possible.

Posted by Mohd Sallehin Yusoff on Tuesday, July 24, 2018

Kalau nak tahu, Jepun adalah sebuah negara Muslim-friendly!

All copyrights for this article are reserved to Says