•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Tular sebelum ni mengenai desas-desus “Neelofa MeleTop PU Riz khawin senyap-senyap di Kelantan, Neelofa kena minyak pengasih dan sedang berubat”.. dakwaan tersebut di percayai tular menerusi paparan skirn WhatsApp yang di muat naik membabitkan Neelofa dan PU Riz baru-baru ini.

Bagaimanapun Neelofa tampil menerusi satu kenyataan menolak tuduhan-tuduhan yang dianggap sudah menjejaskan nama baik dan maruah keluarganya.

Nadia Khairudin pembantu peribadi (PA) kepada Neelofa berkata, beliau telah berjaya mengesan dan berhubung dengan wanita yang bertanggungjawab menyebarkan “paparan skrin WhatsApp” tersebut.

“Selepas saya memuat naik wajah serta memintanya untuk tampil, akhirnya wanita itu menghubungi saya secara peribadi di media sosial selepas tiga jam ia dimuat naik.

Nadiah berkata, dia sudah menyerahkan wanita dikenali Syamira Safiya itu kepada pihak peguam untuk tindakan lanjut.

“Sebagai pembantu kepada Neelofa, saya sudah meminta dia untuk berurusan dengan wakil peguam saya. Ini kerana, menerusi paparan skrin terbabit dia secara tidak langsung sudah mengaitkan nama saya,” katanya.

Menurut Nadiah, dia tidak mengenali wanita berkenaan, apatah lagi pernah bertemu.

“Kami tidak ada apa-apa kaitan. Dia bukan saudara atau kawan saya.

“Cuma apa yang penting, saya hanya mahu membersihkan nama daripada terpalit dengan konflik membabitkan majikan dan PU Riz,” katanya.

Nadiah juga menyatakan, beliau berjaya mengesan wanita yang bertanggungjawab memuat naik paparan skrin mesej perbualan menceritakan kononnya Neelofa terkena minyak pengasih dan kini berubat dengan bantuan orang ramai.