Informasi

Ini Cara Bayaran Saman PDRM Online Diskaun 80% 9 Disember – 12 Disember 2021

Anda boleh rujuk cara bayaran saman online diskaun 80 %  pengurangan bayaran saman bermula dari 9 hingga 12 disember 2021 sempena sambutan 100 hari aspirasi keluarga Malaysia yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri.

 

Untuk makluman anda juga, kaunter bayaran saman PDRM di KLCC yang dibuka sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia terpaksa ditutup kemarin pada 4:30 petang. Di beberapa lokasi diseluruh negara juga di laporkan kaunter-kaunter bayaran saman ketika ini agak sesak dan sibuk.

Bagi anda yang tidak tahu, bayaran saman secara online juga disediakan oleh pihak PDRM bagi memudahkan orang awam untuk membuat urusan tersebut.

Sebelum itu, anda juga boleh membuat semak saman online menerusi sms dengan cara

Taip POLIS SAMAN (nombor plat kenderaan) hantar ke 15888

Cara Bayaran Saman Online Diskaun

Untuk pembayaran saman PDRM secara online anda terlebih dahulu perlu mendaftar di laman web mybayar atau boleh juga melalui aplikasi yang di download di smartphone.

Langkah -langkah bayaran saman online ;

  1. Layari Portal MyBayarSaman : https://mybayar.rmp.gov.my atau muat turun aplikasi MyBayar Saman melalui Google Playstore atau iOS Store.
  2. Klik butang NEW USER SIGN UP untuk proses Pendaftaran.
  3. Isikan maklumat dan isi pengesahan OTP.
  4. Log masuk setelah selesai mendaftar.
  5. Buat SemakanSaman terlebih dahulu untuk mengetahui jumlah saman yang perlu dibayar.
  6. Buat Pembayaran secara online melalui kaedah pembayaran yang dipilih

 

Jenis Kesalahan Dan Saman Yang Tiada Diskaun

Penawaran diskaun kompaun saman trafik sebanyak 80 peratus ini juga tidak terpakai untuk kesalahan-kesalahan atau kes seperti ;

  • Saman dalam sebutan mahkamah
  • Kesalahan-kesalahan utama
  • Kesalahan kenderaan berat
  • Pengubahsuaian eksoz

 

Bagi anda yang mempunyai saman lampau, boleh lah segera ambik kemudahan dan insiatif ini untuk langsaikan kompaun saman anda segera untuk elak masalah dimasa akan datang.

Sertai channel telegram untuk dapatkan informasi terkini dan menarik
Share
OhKunak

Berkongsi bacaan santai tetapi penuh dengan fakta menarik,teknologi isu semasa dan terkini. Terima kasih kerana sudi membaca artikel kami. Tanpa pembaca siapalah kami

Recent Posts