Berita

Imej Satelit Serpihan Pesawat MH370 di Lihat di Kemboja

Terbaharu, dakwaan imej satelit serpihan pesawat MH370 di lihat di Kemboja. Seorang juruterbang, Andre Milne dari Unicorn Aerospace percaya dia dan pasukannya semakin hampir menyelesaikan misteri kehilangan MH370.

Jika sebelum ini seorang jurutera Britian Richard Godfrey menerusi kajian dan laporan beliau, mendakwa lokasi sebenar MH370 terhempas terletak di Lautan Hindi, 2,000 kilometer ke barat Perth, Australia

Andre Milne pula menyatakan, berdasarkan laporan penyiasatan beliau, Milne mendedahkan satu imej satelit yang disifatkannya sebagai ‘kesan MH370 terhempas’ jauh di dalam hutan di Kemboja.

Dalam satu wawancara beliau memberitahu kepada Express.co.uk, imej satelit itu sudah pun dirujuk kepada pihak di Pentagon dan White House serta bercadang untuk melaksanakan misi pencarian menggunakan helikopter pada awal 2022.

Komunikasi terakhir pesawat itu direkodkan di Laut China Selatan, kira-kira 38 minit sejurus berlepas dari lapangan terbang.

Data radar menunjukkan MH370 dilencongkan dari laluannya dan hilang kira-kira 200 batu nautika di barat laut Pulau Pinang.

Namun, Milne percaya pesawat itu terhempas di Kemboja selepas menyatakan ada bukti menunjukkan isyarat ‘ping’ terakhir pesawat itu dikesan di negara tersebut.

“Dua pasukan sudah dibentuk untuk melaksanakan misi pencarian pesawat itu dan terus terang saya katakan, hampir mustahil untuk sampai ke lokasi nahas dengan berjalan kaki.

“Sehubungan itu, kami akan menggunakan dron pengawasan bagi mengesahkan tapak nahas sebelum menghantar helikopter peninjau,” katanya.

Selain itu, Milne yakin imej satelit yang dirakam itu merupakan lokasi nahas MH370.

Katanya, dia sudah membuat perbandingan gambar sebelum dan selepas berdasarkan saiz pesawat dan kesan nahas.

Nampaknya konspirasi dan kajian-kajian pencarian misteri kehilangan pesawat MH370 kembali hangat dari negara-negara luar.

Apa pun, kita harapkan semoga kajian-kajian yang di buat dapat menemukan serpihan-serpihan pesawat MH370, sekaligus dapat merungkai kisah sebenar apa yang telah terjadi.

 

Source : Utusan

Sertai channel telegram untuk dapatkan informasi terkini dan menarik
Share
OhKunak

Berkongsi bacaan santai tetapi penuh dengan fakta menarik,teknologi isu semasa dan terkini. Terima kasih kerana sudi membaca artikel kami. Tanpa pembaca siapalah kami

Tags: MH370

Recent Posts