Terkini pendaftaran KWSP i-saraan online boleh di buat sekarang. Kumpulan Wang simpanan Pekerja, di bawah bajet 2022, membuka peluang untuk warganegara Malaysia yang bekerja sendiri untuk menikmati bantuan insentif caruman persaraan daripada pihak kerajaan menerusi i-saraan.
Apa Itu i-Saraan

Caruman Sukarela dengan Insentif Persaraan (i-Saraan) membolehkan ahli yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk membuat caruman sukarela untuk tujuan persaraan, dan pada masa yang sama menerima caruman tambahan daripada pihak kerajaan.
Bertujuan menggalakkan golongan yang bekerja sendiri dan tiada pendapatan tetap untuk mencarum secara sukarela mengikut kemampuan.
Rasional mengenai i-Saraan:
- Menyediakan saluran untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap menabung bagi tujuan persaraan.
- Meningkatkan jumlah orang yang bekerja sendiri menabung dengan KWSP
- Menzahirkan keprihatinan Kerajaan kepada orang yang bekerja sendiri melalui pemberian insentif untuk menabung bagi persaraan mereka.
- Mengurangkan jumlah warga tua yang bergantung kepada peruntukan program Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Pendaftaran online i-Saraan
Bagi mereka yang layak dan berminat untuk mencarum, boleh membuat pendafataran secara online menerusi pautan berikut :
https://online.kwsp.gov.my/isaraanReg/?lang=ms
Golongan bekerja sendiri
- Petani/ nelayan/ pemandu teksi
- Peniaga kecil/ penjaja/ peniaga pasar malam/ peniaga uptown
- Pengasuh bayi
- Ejen menerima komisen (cth: ejen insurans, ejen hartanah)
- Freelancer (cth: menerima bayaran selepas memberi perkhidmatan sebagai deejay, penyanyi, pelakon, jurulatih kesihatan, perunding)
- Pemilik perniagaan (pemilik tunggal/rakan kongsi) yang membeli dan menjual barangan/perkhidmatan
- Pemilik perniagaan dalam talian (online business)
- Pemilik praktis sendiri (cth: akauntan, doktor, peguam)
- Suri rumah*
- Pekerja Berpencen
Peringatan Penting*: Suri rumah hanya dibenarkan memilih satu (1) insentif sahaja pada satu masa. Jika anda telah mendaftar dengan Insentif Suri (Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP), anda perlu membatalkannya sebelum membuat permohonan baru bagi i-Saraan. Walau bagaimanapun ianya adalah bergantung kepada kelayakan pemohon
Insentif Persaraan (i-Saraan)
Sebagai ahli di bawah insentif ini, anda akan menerima sumbangan Kerajaan sebanyak 15% (jumlah maksimum sebanyak RM250/setahun [berkuatkuasa 1 Januari 2018]) ke atas caruman anda.
*Tidak termaktub kepada ahli yang menerima caruman tetap majikan.
*Sumbangan kerajaan adalah terhad kepada ahli yang berumur bawah 60 tahun.
Faedah
- Menyediakan saluran persaraan untuk golongan yang bekerja sendiri dan mereka yang tiada pendapatan tetap
- Menerima insentif khas sebanyak 15% tertakluk kepada jumlah maksimum RM250 setahun bagi ahli yang berumur kurang 60 tahun. Insentif khas ini diberikan dari tahun 2018 sehingga 2022.
- Mencarum mengikut masa dan kemampuan kewangan anda serta anda masih boleh membuat pengeluaran
- Bantuan Kematian: RM2,500 * tertakluk kepada terma dan syarat KWSP
- Menikmati dividen tahunan di atas simpanan persaraan anda
Syarat-syarat kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Berumur 60 tahun ke bawah
- Orang yang bekerja sendiri (Orang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang mendatangkan hasil dan bukannya seorang pekerja)
- Telah membuat pilihan i-Saraan Menghantar borang KWSP 16G(M)
- Ahli KWSP
Cara Dan Saluran Pembayaran

Perbankan Internet (Pemindahan wang secara elektronik)
- MBSB Bank*
- MAYBANK (M2u)
- RHB Bank*
- PUBLIC BANK
- Bank Muamalat
- Alliance Bank*
- Hong Leong Bank*
- Bank Islam*
- Cimb Bank
*Kemudahan bayaran secara berulang disediakan
Kaunter Ejen Bank (Tunai/cek)
- BSN
- Maybank
- Public Bank
- RHB Bank
*Bayaran tunai dan cek tidak diterima. Hanya penggunaan pembayaran melalui Kad Debit dan Pindahan Debit sahaja diterima.
Ejen Bank Berdaftar
Kaunter KWSP
- Tunai (maksimum RM500) / cek di semua kaunter KWSP Ibu Negeri termasuk KWSP Muar
Had Bayaran
Minimum (RM sahaja)
Tiada had
Maksimum (RM sahaja)
RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela
(Caruman Pilihan Sendiri, i-Saraan, Kasih Suri Keluarga Malaysia KWSP, Caruman Simpanan Tambahan – berkuat kuasa Januari 2013)
Dokumen yang di perlukan
- MyKad
- Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet (Penggunaan borang tidak diperlukan)
- Borang i-Saraan – KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja)
- Borang i-Saraan – KWSP 6A (2) (Semasa bayaran)
Cara Pihak Kerajaan mengkreditkan caruman ke akaun ahli
KWSP akan membuat tuntutan sumbangan Kerajaan secara berkala berdasarkan caruman bagi separuh tahun tempoh pertama (Januari hingga Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (Julai hingga Disember) setiap tahun. Wang sumbangan akan dikreditkan ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya daripada Kerajaan. Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 ahli (Akaun Persaraan).
Maklumat lanjut
Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah atau pertanyaan mengenai i-Saraan online KWSP ini, anda boleh menghubungi ;
Telefon
Farizan bt Kamaluddin: +60193339607
Wong Theen Chuan: +60179475460
Emel
farizan@epf.gov.my
wong-theen@epf.gov.my
Artikel berkaitan :