Informasi

i-Citra RM10,000 luluskan sahaja

Pengeluaran i-citra RM10,000 perlu diluluskan segera. Apa lagi kerajaan nak tunggu.

Rakyat berpendapat ini adalah masa yang sangat getir, pengeluaran i-Citra RM10,000 perlu diluluskan segera ditambah lagi ketika ini ramai mangsa terjejas akibat banjir yang sedang melanda.

Rata-rata orang ramai turut berharap agar kerajaan terus meluluskan pengeluaran wang tersebut sekali gus tanpa syarat memandangkan ramai yang memerlukan ketika ini.

“Luluskan sahaja pengeluaran i-Citra RM10,000 tu, kebetulan dengan keadaan sekarang. Ada yang nak baiki kereta, rumah, kenapa susah sangat.

“Cukup-cukup lah berbincang, mesyuarat bagai, duit itu pun hak pencarum,” jelas Zariff Hadi.

“Tengok keadaan sekarang memang ramai yang memerlukan, pembukaan sekolah pun dah nak dekat. Banyak persediaan dan barang yang perlu diganti.

“Dah berapa kali bencana kita hadap, berapa kali juga rakyat minta. Kenapa susah sangat nak luluskan?” soal Marzuki68

 

Selain itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menyarankan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memenuhi permintaan rakyat dengan melanjutkan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi skim i-Citra.

 

Beliau berkata, langkah itu antara lain supaya kesemua mangsa banjir  dibantu sehabis baik untuk mendepani saat-saat sukar begini.

Katanya, meskipun kerajaan sudah mengumumkan sejumlah bantuan kewangan, tetapi itu harus diakui belum mencukupi kerana mangsa banjir memerlukan modal untuk membina semula kehidupan selepas bencana itu berakhirnya sepenuhnya.

“Dalam keadaan begitu, amat wajar Menteri Kewangan memenuhi permintaan rakyat agar skim i-Citra dilanjutkan. Secara tidak langsung wang itu dapat digunakan oleh mangsa banjir untuk kembali bangkit daripada kemusnahan.

“Bantuan kerajaan beserta RM10,000 wang KWSP pasti sedikit sebanyak membantu mereka bernafas semula,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

 

Menurut Ahmad Zahid, mereka yang tidak terjejas akibat banjir juga memerlukan wang berkenaan untuk bangkit semula dari kemelut ekonomi.

“Kumpulan Bank Dunia dilaporkan turut menyarankan kerajaan meneruskan bantuan pendapatan sedia ada bagi tempoh minimum enam bulan lagi.

“Ia demi memastikan kelangsungan sokongan kewangan kepada rakyat terutama yang berpendapatan rendah dan rentan.

“Ingatlah. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul,” jelasnya.

 

Kita harapkan, pihak kerajaan agar dapat melihat ini sebagai jalan untuk meringankan beban rakyat untuk menghadapi hidup yang semakin sukar yang dihimpit pelbagai musibah dan masalah sejak dunia dilanda Covid-19 pada penghujung tahun 2019 lagi

 

Source : Kosmo!,Utusan

Sertai channel telegram untuk dapatkan informasi terkini dan menarik
Share
OhKunak

Berkongsi bacaan santai tetapi penuh dengan fakta menarik,teknologi isu semasa dan terkini. Terima kasih kerana sudi membaca artikel kami. Tanpa pembaca siapalah kami

Tags: i-CitraKWSP

Recent Posts