i-Ceria KWSP RM10K Ganti i-Citra RM10K

i-CERIA KWSP RM10K adalah penganti kepada i-Citra RM10K sebelum ini. Pihak kerajaan di mohon untuk mempertimbangkan tuntutan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kali terakhir secara bersasar menerusi bantuan kewangan i-Ceria.

Datuk Seri Mohd Salim Sharif (BN-Jempol) berkata pengeluaran itu perlu diberikan kepada pihak yang memerlukan, bergantung jumlah simpanan masing-masing bagi mendepani situasi pasca COVID-19.

Ini kerana, katanya, terdapat keperluan mendesak dalam kalangan rakyat untuk menggunakan sebahagian wang persaraan mereka bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Beliau berkata, tuntutan itu semata-mata bagi memastikan permintaan ‘Keluarga Malaysia’ dipenuhi, khususnya bagi yang masih bergelut dengan kesusahan akibat pandemik COVID-19.

“Ditambah pula, musibah banjir baru-baru ini, sudah tentunya merencatkan perjalanan mereka yang baru sahaja memulakan fasa kehidupan baharu. Keadaan mereka ini sudah tentunya semakin parah, bagaikan ‘sudah jatuh ditimpa tangga’.

“Sebagai kerajaan yang sentiasa memahami denyut nadi rakyat dan sentiasa mendengar setiap keluhan isi hati rakyat. Saya merayu bagi pihak mereka supaya kemudahan i-Ceria dapat diluluskan, agar senyuman dapat terukir kembali pada wajah ‘Keluarga Malaysia’

“Memandangkan jaminan sambutan Aidilfitri tahun ini juga diberikan Bera (Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob), maka kemudahan i-Ceria ini bakal memberi makna tersendiri buat ‘Keluarga Malaysia’,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Apa Itu i-Ceria KWSP RM10K

Tuntutan pengeluaran KWSP daripada rakyat Malaysia yang terjejas. Sebelum ini pihak kerajaan pernah menawarkan dan melaksanakan bantuan i-citra RM10K untuk membantu rakyat yang terjejas akibat pandemic Covid-19.

i-Citra sebelum ini diperkenalkan bagi membantu ahli pencarum untuk meneruskan kelangsungan hidup selepas meneliti cara yang terbaik untuk memenuhi keperluan asas mereka.” Ketika menegaskan perkara itu, KWSP juga menyatakan bahawa mereka “maklum perlu adanya keseimbangan antara keperluan semasa dan simpanan masa hadapan serta memberi bantuan sementara bagi membantu ahli pencarum dalam menghadapi pandemik ini.”

Program i-Citra membenarkan ahli pencarum KWSP untuk membuat pengeluaran sehingga RM5000, yang akan dibayar secara ansuran sebanyak RM1000 setiap bulan.

Tuntutan pengeluaran i-Ceria itu menerima sokongan wakil kerajaan dan pembangkang, antaranya Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit); Datuk Seri Hasan Arifin (BN-Rompin), Datuk Dr Xavier Jayakumar (Bebas-Kuala Langat) dan M Karupaiya (PH-Padang Serai).

Dalam pada itu, Salim mencadangkan kerajaan membuka semula sempadan antarabangsa, selari titah Yang di-Pertuan Agong bagi mencapai matlamat pemulihan industri pelancongan dan bidang berkaitan secara holistik.

“Meskipun ketika ini pelancongan domestik dibenarkan beroperasi sepenuhnya, namun ia masih belum memadai untuk membantu sektor lain berkait rapat dengan bidang pelancongan.

“Tumpuan tidak boleh hanya diberikan kepada pelancongan domestik sahaja. Sudah tiba masanya, negara mengorak langkah dan meneroka peluang untuk kembali menerima kunjungan pelancong asing,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) yang menyokong tuntutan pengeluaran RM10,000 simpanan KWSP menjelaskan pihaknya menerima beberapa memorandum pelbagai pihak, agar ia dibenarkan.

Baca juga : I-Saraan Online Pendaftaran KWSP Caruman Golongan Bekerja Sendiri

Ini kerana, katanya, beliau difahamkan tuntutan berkenaan dibantah segelintir menteri selepas cadangan itu dikemukakan Ismail Sabri pada mesyuarat Kabinet.

“Saya menyokong apa yang disebutkan Jempol (Salim) sebentar tadi bahawa inilah talian hayat terakhir rakyat dan minta kerajaan dapat mempertimbangkan.

“Ini terutamanya selepas kejadian banjir, COVID-19 dan sebagainya, rakyat mula bertatih untuk membina ekonomi mereka… yang tak berniaga selama dua tahun, mereka sudah pun hilang modal untuk bermula semula.

“Kita faham KWSP ini simpanan hari tua. Kita bercakap tentang hari tua, tetapi rakyat bercakap tentang hari ini… apa yang mereka hendak makan,” katanya.

Setakat ini belum ada lagi pengumuman daripada pihak kerajaan tentang pengeluaran i-Ceria KWSP ini. Pihak kami akan kemas kini untuk update terkini mengenai i-ceria kwsp.

Ramai rakyat ketika ini berharap permohonan ini dipertimbangkan oleh pihak kerajaan. Ini adalah tuntutan daripada rakyat yang sangat terkesan yang tidak putus-putus menerima pelbagai dugaan sejak pandemik. Selain daripada disebabkan PKP dan yang terkini bencana banjir yang turut melanda rakyat.

Pastikan anda sertai channel telegram kami untuk dapatkan update terkini

Sertai channel telegram untuk dapatkan informasi terkini dan menarik

Leave a Reply